Wednesday 24 October 2012

I'm Back!

Assalamualaikum! Rasanya sudah berkurun aku tak update. Padahal dah banyak kali bukak blogspot ni, tekan post. Lepas tu tulis..lepas tu padam balik. 

Dulu, banyak juga lah idea keluar untuk menulis blog. Sekarang? Nak bukak blogspot ni pun rasa macam erghegfkdfdkd. Aku selalu update novel je dekat blog lagi satu. So, hmmm *awkward* nak tulis pasal apa ye? 

Kebetulan aku baru habis tengok drama Hindustan. Jom sembang pasal Hindustan! Siapa tau movie bollywood yang famous, 'Khabi Khushi Khabie Gham'? Tipu la kalau tak tau akan kewujudan movie tu kan. Setiap kali aku tengok movie tu, mesti rasa nak nangis. Eh tak, sebenarnya time aku tengok movie tu, ada orang letak bawang depan mata aku. So air keluar dengan automaticnya.

Nasib baik kali ni, tak keluar langsung air mata. Agaknya dah tengok banyak kali. Tapi still rasa la aura sedih dia tu.

Apa yang aku curious, kenapa cerita-cerita hindustan tak membosankan? Agak-agak sebab sound effect dia yang dasyat ke, tarian ke, musik dia ke, atau heroin yang cantik dan hero yang kacak? 

Bagi aku semua tu memainkan peranan. Kalau tak ada sound effect yang dasyat, bukan hindustan namanya. Contoh sound effect yang dasyat tu macam orang kena tampar tapi dengar macam bunyi kilat. Haa, ada lagi. Bunyi orang ketuk pintu macam bunyi pintu nak kena roboh. Begitu dasyatnya sound effect ni. Tapi aku suka. Baru la rasa macam ada dalam movie tu. Baru boleh feel kan?

Oh yeah, tarian and musik dia amat mengasyikkan! Kadang-kadang aku pun boleh terikut menari sama. Lagu-lagu mereka pun aku boleh la nyanyi sikit. Ehem, humming je lebih actually. Antara yang pandai menari adalah Hrithik Roshan. Dia dengan  kaki dia yang panjang tu. Haishhhh, sangat pandai menari! Sedap mata memandang. Tarian pun kena dengan musiknya. Bagus, bagus *sambil menggosok dagu. 

Hero and heroin dia pun macho and lawa. Cara diorang memainkan watak tu pun macam haduhhhh real lah! Emosi jelas ternyata berdasarkan muka diorang. Jalan cerita setiap movie Hindustan pun berbeza. Kiranya tak ada lah boring sangat. Kalau jalan cerita cliche, memang naik bosan la kan? 
Itu je kot yang aku nak sampaikan.

Dulukan, aku ingat lagi makcik and pakcik aku siap sediakan 2 kotak tisu sebelum menonton drama 'Khabi Khushi Khabie Gham'. Haha, kelakar pun ada.  In case kalau nangis kan. Tisu dah ada kat sebelah.

Nah gambar sikit untuk korang.

"Abang, pandang lah muka I!"

"Ye, kami lah pelakon utama yang suka buat orang ramai nangis"

Monday 23 April 2012

Dah lama tak update kan?

Sebenarnya aku dah malas nak menulis, hahaha. Sejak start belajar di UiTM Melaka, aku makin busy. Sekarang ni cuti, boleh la menulis ala kadar. Eceh.

So, aku nak cerita sikit suasana belajar dekat sana. Masuk sana, start dengan MDS, kira orientasi untuk pelajar baru lah. Orientasi berlangsung sehingga satu minggu. Apa yang nak kena buat masa orientasi tu? Aku nak cakap sikit, selama satu minggu tu takde rehat haha. Semuanya kena rushing. Yeah, seksa gila mak ai. Tapi bila benda tu dah lepas and bila teringat balik, memang best. Baru kau rasa and tau macam mana nak survive and jaga diri kat sana. Abang-abang and akak-akak senior pun sporting haha. Sepanjang MDS, tu aku belajar untuk bergaul haha. Masa tu agak malu-malu so kawan dengan kawan sekolah je. Agak forever alone di situ. And, kena banyak berjalan kaki. Boleh turun 2 kg sehari *auta je lebih. Kena makan 3 minit je. Peh, memang aku melahap la jawabnya.

Lepas MDS, ada pula aktiviti kolej. Kena join untuk cop kolej. First time aku masuk cheers! Mewakili Kolej Tun Hasan. Kolej baru tu. Agak best lah, masa tu la semua berlatih setiap hari kat bawah pukul 10 malam. And masa tu juga la aku kenal budak-budak kolej. Oh, ni budak level aku ni. Eh, ni budak level bawah. Haa, camtu la lebih kurang. Memang kerap juga la aktiviti kolej diadakan hehe untung sebab banyak cop aku kumpul. Senior-senior kolej banyak aku dah kenal hehehe.

Selain, aktiviti-aktiviti kolej, aku busy dengan assignment. Tak tidur 1,2,3 pagi, bukan pelajar la namanya tu! Nasib baik la, budak budak kelas aku sama kolej dengan aku. So, boleh lah buat kerja sama-sama. Pernah aku tidur setengah jam je sebab nak siapkan assignment. Haritu pulak ada quiz. Memang kena tabahkan diri. Sekarang ni cuti, so malas nak comment panjang pasal assignment hehe.

Apa lagi ye? Oh ye, UiTM Melaka sangat luas hahaha. Tak percaya, kau jalan kaki tengok. Lagi-lagi kolej baru macam aku. Agak jauh daripada kelas. Setiap hari, jalan jauh sob sob sob. Lepas tu nafsu makan bertambah. Setiap hari wajib makan ayam. Takde ayam, ikan pun jadi lah. Mana tak gemuk kan?!

Next post, aku nak cerita pasal Kolej Tun Hasan. tehee :) Adios.