Friday 7 August 2015

Perlu ke terima nasihat?

Semua orang pernah berdepan dengan perkataan 'nasihat' ni. Tak kira la sama ada dari segi menerima atau memberi. Kan?

Sesetengah orang lebih gemar memberi nasihat dalam bentuk leteran. Ada yang suka bagi secara indirect iaitu perli or lebih sedap la ayat jika digantikan dengan perkataan 'berkias'. Ada juga suka bagi secara direct. Dush, terasa seperti tumbukan mengena pipi haa. Biasanya, kalau nasihat secara direct ni, ayat dia deep sikit. Masuk ke dalam jiwa.

To be honest, aku lebih suka kalau orang bagi nasihat secara baik, dan lembut. So, okay la. Kita faham la mesej apa yang dia nak sampaikan. Hati pun menerima dengan ikhlas. Ye la, nasihat tu untuk kebaikan kita juga kan.

Tetapi, macam mana kalau orang dengar nasihat tu and 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'? Dia just ignore saja. Haaa, aku rasa waktu macam ni la sesuai untuk pemberi nasihat keluarkan ayat keras sikit. Bukan apa, selalunya bila kita dengar nasihat yang normal, kita jadi lali. 'Oh lantak pi lah, nanti aku buat lagi'. Tapi, bila sekali sekala dengar ayat yang ada punchline sikit, baru berdesing telinga. Selalunya, bila orang dengar nasihat sebegini, akan ada 2 possible reaksi dari mereka. Kalau tak terima, mereka akan marah. Pada aku, it's a normal thing la kalau memula dengar ayat nasihat kasar sikit, kau akan sentap. Manusia kot. Kalau kau hati batu, mesti kau ignore saja kan.

So, bila tengah sentap or marah, kau kena fikir jap. 'Betul ke aku salah?' 'Nasihat dia tu ada point tak?'

Haa, fikir fikir.

Let's say la kan, kalau nasihat dia pedas, tapi nasihat dia ada point yang penting. Aku rasa tak salah kalau kau cuba untuk terima nasihat tu. Okay, memang ayat dia menyentapkan. Tapiiiiii, dia ada point dan point dia ada gunanya. Trust me, aku pernah dengar nasihat and ayat yang agak pedas. Okay, memula memang agak sentap. Tapi, lepas tu aku move on and pakai nasihat tu. Sebab apa? Sebab nasihat tu berguna.

Kalau kau rasa nasihat tu tak ada point, just ignore je la. Jangan difikir fikir lagi ayat yang kasar tu. Move on and be happy.

Nasihat tu boleh diibaratkan sebagai peta untuk kau menuju destinasi yang benar dan tepat. So, kena pakai k.

p/s: Haritu Bigbang datang Malaysia, tapi aku tak pergi pun concert dia. Sobss. Abe Top!

Kbye.