Friday, 8 April 2011

Apa itu lesen P?

Apa itu lesen P? Adakah bermaksud lesen Puteh. (Hoi, itu nama aku). Biar aku google kejap. Haa, ni dia. "Panjang" betul explanation dia. Nak tengok, sila tengok di sini. Lesen P itu bermaksud lesen percubaan. Ramai tanya aku pasal proses nak ambil lesen ni. ( Ceh, ramai ke? bajetnyewww ) Opss, terikut anwar hadi. By the way tengoklah video dia kalau tak tengok lagi. Tapi aku confirm ramai dah tengok. Okay, berbalik kepada topik lesen tadi. Jangan risau, sapa sapa yang nak ambil lesen tu, just go with the flow je. Jangan nak risau pasal clutch, brek semua tu. Nanti korang akan belajar jugak. Papepun, sebab aku bermurah hati di hari Jumaat yang mulia ini, biar aku cerita satu satu pasal lesen ni. Salah silah keluarga lesen ni agak panjang. Mengambil masa berbulan bulan lamanya nak menguasai kisah lesen ni. Mesti korang tarak paham apa yang aku cakap kan. Hmmm, dah agak dah. Senang cerita, aku nak cerita pengalaman aku mengambil lesen. Panjang ceritanya...sila pendekkan. Okay, aku cerita ye. "Cepat lah cerita!", kata seorang pemuda kacak . Yelah yelah, sabar lah.

Okay, mengambil lesen dimulai oleh? bismillah. Ya itu betul Tapi dengan lebih tepat. Korang mesti ada pasang niat nak ambil lesen untuk apa yang korang nak bawak. Aku bagi contoh lah, kalau korang nak naik motor, ambil lah lesen motor. Kalau nak bawak kereta, ambil lah lesen kereta. Kalau dah kaya, ambil dua dua.

Lepas, dah decide nak ambil lesen apa. Korang pergi pejabat yang berdekatan untuk daftar nak ambil lesen. Jangan pergi balai polis pulak. Habis kena bahan. Pastikan pejabat tu khas untuk ambil lesen. Aku sure ramai yang tahu. Lepas dah daftar, korang akan pergi kursus memandu selama 5 JAM. Fuhhhh, sila ringankan mata anda untuk terus tidak terlelap. Dengar macam lama je 5 jam tu. Tapi memang lama! Kah kah kah. Okay serious balik. Dalam kursus tu la korang akan dengar penjelasan pasal memandu semua tu. Siap ada tunjuk video orang accident semua tu. Masa tu lah, rasa takut menyelubungi diri anda. Bukan misteri ye, takut je. Sebenarnya, tujuan orang tu siarkan video tu, untuk bagi kesedaran kat korang supaya berhati hati bawak kereta bila dah ada lesen nanti. Itu pun kalau pass test jpj lah :p

Lepas tu, baru la korang boleh ambil ujian komputer. Jangan risau, buku ada diberi. Korang hafal lah simbol simbol kat dalam buku tu. Pastu buat latihan sampai habis. Soalan yang dia bagi kat komputer tu sama je sebenarnya cuma pusing pusing je. Lagi senang daripada SPM. "Ceh, kau cakap macam senang gila je kan. Padahal ujian komputer tu dapat tepat tepat lulus", kata seorang budak yang tidak dikenali. Diam lah kau, asalkan aku lulus. Hahaha. Aku bagi tips sikit lah, masa korang sedang menunggu nak jawab ujian komputer tu, baca la lagi. Nanti ingat. Tak pun baca pagi pagi ke. Bukan apa, aku selalu suka baca last minute. Asalkan boleh ingat, korang buat la cara korang.

Lepas dah lulus, korang akan pergi bengkel memandu. Kat situ la dia tunjuk kedudukan enjin semua tu. Lepas tu dia bagitau macam mana nak jaga kereta. Bla bla bla, aku pun dah lupa.

Lepas dapat lesen L (kalau korang lulus ujian komputer). Kalau tak lulus sila cuba lagi. Baru lah korang belajar bawak kereta. Hari pertama, belajar cara control clutch, and minyak dulu. Korang belajar pusing pusing kereta dulu. Okay je. Apa yang penting, korang jangan gabra. Stay cool and calm. Dengar je apa cikgu korang cakap. Lupa nak cakap, aku ambil lesen kereta je. (Perlu ke bagitau?) Seterusnya, korang akan belajar bawak kereta dekat luar (jalanraya). Lepas tu, ambil QTI. QTI tu macam test la lebih kurang. Orang tu nak tengok korang boleh bawak kereta kat jalanraya tak. Kalau boleh, baru boleh ambil test jpj.

Bila dah lulus QTI, baru lah korang akan berlatih bawak kereta untuk test jpj. Dalam test jpj ni ada dua test. Satu di dalam, satu di luar. Kalau dekat dalam, ada bukit, parking dan tiga penjuru. Takpe , jangan risau. Korang akan belajar jugak nanti. Di luar pula, kalau kat tempat aku ambil test jpj. Ada 2 jalan iaitu a dan b. Ikutlah pengawai jpj tu nak korang bawak kat jalan mana.

Dah sedia nak ambil test jpj? Sudah... Betul ke? betul. Jawap dengan penuh confident tapi dalam hati ada taman. Eh bukan, dalam hati, berdebar debar. Aku tau. Setiap orang akan nervous kan. Termasuk la aku. Aku ni memang cepat nervous. Bila dah nervous sakit perut. Masalah betul. Haih.

Konon dah sedia, aku pun ambil lah test jpj. Fuhh, memang nervous gila. First time kot. Masa nak tunggu tu, hati berdebar debar je. Bila giliran aku, aku buat lah test kat dalam dulu. Bukit- lulus. Parking -lulus. Sampai tiga penjuru je, aku fail! kecewa gila masa tu. Dah la kena repeat semua balik kalau tak pass satu. Bila test kat jalanraya pulak, aku tak ingat jalan. Aduhh. Asyik termati enjin. Memang gagal dengan cemerlangnya. Ohh ye, kebanyakkan orang takut tengok pengawai jpj kan. Sebenarnya, muka diorang je garang, dalam hati ada taman. Jangan nak takut sangat dengan diorang. Buat selamba je.

Dah bulan berapa tah, aku pun ambil test jpj kali kedua. Kali ni perasaan nervous berkurangan lah. Lebih chill gitu. Alhamdulilah, aku pass test bahagian dalam. Lepas aku tunggu nak ambil test kat luar pulak. Pehh, berjam jam tunggu! Sampai petang. Penat gila do. Tapi hati ini kata sabar. Jadi aku sabar. Tunggu punya tunggu. Tiba lah giliran aku. Masuk lah kereta kancil. Aku ni kalau nervous, muka aku macam serious gila haha. Sampai pengawai jpj tu tegur aku. Dia suruh aku senyum macam dalam gambar lesen L tu. Duh, dah nak tangkap gambar memang kena senyum macam kau orang yang paling happy di dunia ni lah. Tapi, takpe, aku senyum je. Masa bawak kereta tu, aku pun bersembang sembang lah dengan pengawai jpj tu. Rupanya dulu dia ambik degree apa tah. Pastu ambil diploma bussiness. Last kali jadi pengawai jpj. Ohh begitu rupanya. Baru nak lalu dekat roundabout pertama, dia suruh aku belok kiri. Padahal aku kena pergi lorong kanan. Aik, asal pulak ni? Aku pun dengan tenangnya (padahal cuak gila) bertanya, "saya gagal ke?". Balas pula pengawai itu, "ada i kata u gagal?" fuhh, lega. Rupa rupanya lepas aku belok kiri terus sampai dekat laluan nak kembali ke tempat permulaan tadi. Kiranya aku dapat shortcut lah. Itu lah hari yang paling bahagia bagi aku! Tak payah lalu roundabout dan jalan yang jauh :p Alhamdulilah, aku lulus test jpj kali kedua. Sedang menunggu nak dapat lesen P.

Oh ye, lepas dah pegang lesen P selama 2 tahun, baru dapat lesen permanent.

Wednesday, 30 March 2011

Budak budak tadika mematangkan aku

Macam yang korang tau, aku ni baru 18 tahun (29 oktober nnt! Jangan lupa bagi hadiah) Sebenarnya, walaupun aku anak sulung, aku takde lah matang mana. Setakat berebut keropok, coklat dengan adik tu dah jadi rutin harian. Tapi aku mengalah lah, aku bukannya kejam mana. Sebab bila kita berebut, ada satu feeling ni. Feeling yang aku tak tahu macam mana nak describe. Pendek cerita, rasa macam seronok lah dengar adik menjerit. Sebenarnya, saja test kesabaran kt adik adik aku tuh. (konon!) Aduh, panjang lebar aku cerita ni. Satu pun takde kaitan dengan tajuk aku. Okay, 1 2 3. Start.

Well, kebanyakan orang yang pemalas macam aku ni, suka duduk rumah. Relax relax, chill chill, lepak lepak, tengok tengok tv tv. ( Perlu ke gandakan perkataan? )

Dah dekat nak ambik result spm baru lah mood rajin dan mood mencari duit aku datang. Masa tu aku dah pokai tahap duit syiling je yang ada. Kebetulan, ada sorang member ajak kerja dekat tadika. Kat situ lah bermulanya kisah romantik, eh bukan Kisah aku. Aku bekerja sebagai assistant cikgu dekat tadika tu. Tadika tu penuh dengan budak budak yang comel comel belaka. Dalam tadika tu, aku kena jaga budak budak kt situ. Tolong diorang tulis, teman diorang pergi toilet dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila google "apa tugas pembantu cikgu di tadika". Kalau tak dapat jugak, korang cuba kerja tu. Ceh promote promote. Woah, selama ni. Aku tak pernah jadi rajin, haha. Bila aku kerja dekat tadika tu, melayan budak budak kat situ. Terserlah habis sifat kekakak an aku yg tak pernah, bukan tak pernah, jarang aku guna. Budak budak dekat tadika tu sedikit sebanyak mematangkan aku. Contohnya, sekarang ni aku dah jarang beli ais krim. K, fine. Itu bukan bukti aku dah matang.

"Eh, cakap dah matang. Kenapa berebut keropok dengan saya lagi?" kata adik sofea. EH, diamlah! Habis kantoi tak matang. Sebenarnya cerita aku ni takde point langsung kan? Pape pun, kerja aku ni best jugak lah. Dapat melatih aku jadi seorang yang lebih matang dan penyabar. Kalau tak caya, try la kerja ni. K, promote lagi minah ni. Itu je.

Mood : Nervous sebab test jpj minggu depan. Actually kali kedua tu :p
Lagi satu, tengah sibuk memilih course utk masuk U.




Wednesday, 23 February 2011

Kecil kecil dulu

Okay, sekarang ni aku dah pun berusia 18 tahun. Sebenarnya belum lagi. Tunggu bulan sepuluh nanti, haha. Adik - adik aku pun dah membesar tapi perangai macam budak kecil. "Eleh awak pun!", adik aku jerit dari belakang. Sudah terlanjur bercakap pasal aku dah besar ni. Aku nak cerita pengalaman aku.

Pada suatu hari yang indah, awan yang cerah, burung burung berkicauan....(okay dah! stop cerita macam dalam buku tidur tuh). Tak silap aku, hari tu, hari isnin. Eh, jap. Hari, selasa kot, Eh tak, rabu kot. Sebenarnya aku nak cakap yang aku tak ingat hari apa. Aku pergi berjalan jalan dengan kawan kawan. Dari shah alam, kami menaiki ktm. Eleh, takkan ktm pun tak tau kot? Pergi cari dalam kamus dewan bahasa melayu sekarang jugak! Destinasi yg ingin kami tuju haritu adalah KLCC atau nama glamournya, Kilang Lepak Cakap Cakap (aku main main je). Lepas dah sampai dekat KL Sentral tu, kitorang kenalah naik LRT pulak. Haa, ni pun tak tau? Pergi cari dalam kamus! Aku malas nak bawak beg macam perempuan tuh, apa namanya? Ha! beg tangan. Jadi, aku pun bawak la beg galas kecil dekat belakang aku. Dalam LRT itu, kami seperti biasa membuat lawak dang sebagainya. Memang seronok. Selalunya, apabila menaiki LRT, (padahal sekali je sebelum ni dengan kawan, ni second kot) aku selalu letak beg aku di hadapan. Tapi, kali ini. Tah la, terasa extra selamat pulak. Jadi, aku biar je beg galas aku dekat belakang. Lepas beberapa minit tu kitorang pun sampai KLCC. LRT memang laju, tak macam KTM. Okay, KTM, jangan merajuk. Lepas baru je sampai KLCC tu. Hati aku macam tergerak nak tengok beg aku. Sakit ke dia? Atau sihat ke dia? Bila tengok je beg galas aku, zip dah terbuka! Habis ternoda. Aku tengok wallet dalam beg aku tu pun dah lesap. Memang masa tu, aku terdiam (sambil menyumpah - nyumpah dalam hati). Tapi redha atas permergian wallet aku. Tapi lebih menambahkan kemarahan aku, IC aku dalam wallet tuh. Terpaksa lah menjadi P.A.T.I seketika. Bukan party ye. Nak tau pergi check kamus! Kan lagi sekali aku nak kena arah. Aku syak ini mesti kerja di penyeluk saku. Apa nak buat, benda dah jadi. Nasi sudah menjadi bubur. Sila lah makan bubur itu. Lepas habis enjoy kat KLCC tu. Kitorang balik. Masa nak balik, banyak pulak pengumuman " Perhatian, sila berhati- hati dengan penyeluk saku ". Piraaaahhh, aku dah jadi mangsa dia pun. Takpe aku maafkan penyeluk saku tuh. Tapi nak buat macam mana, aku dah tersumpah dia dapat penyakit kudis sampai mati. Opppssss!

Sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal atas tuh. Ni sebenarnya aku nak cerita. Ingat tak masa dulu dulu? Masa korang kecil lagi, bila nak pergi sekolah je. Korang salam dan cium tangan mak bapak korang. Pastu mak sikatkan rambut korang rapat rapat. Macam nerd pun ada. Lepas tuh, tepek bedak banyak banyak. Comel kan? Masa kecil kecil dulu kita dah belajar supaya ikut peraturan. Tapi kenapa bila besar jadi lain? Macam tak pernah belajar pulak pasal peraturan. Contohnya, haritu. Masa aku nak ambil adik aku dari sekolah (sebenarnya mak aku yang bawak kereta, aku duduk sebelah je). Aku tengok budak budak beratur. Kenapa eh? Ohh! Bas diorang dah sampai, patut lah diorang beratur. Tengok, budak kecil pun tau nak beratur. Tak macam masa aku naik naik KTM haritu. Punyalah ada aksi tolak menolak. Aku jugak nak kena mengalah. Pastu, tunggu KTM lagi satu dengan kawan kawan aku.

Tak percaya? Ni buktinya!

So, point aku adalah, kalau kita ikut segala peraturan, takdelah penyeluk saku kan?! Takde lah, aku yang jadi mangsa kan?! Okay okay, maaf. Terlebih ikut perasaan. Maksud aku, takde lah orang - orang jahat kat Malaysia ni kan? Opss, maksud aku seluruh dunia lah. Kesian polis, asyik kena tangkap penjahat je. Biar lah diorang rileks sikit. Kalau nak cari duit, cari lah yang halal. Biar berkat hidup tu. Jadi, belajar lah rajin rajin! Sekian, itu je nak cakap. Kalau ada yang terasa, sorry lah. Aku pun bukannya baik sangat. Tapi takde sampai nak jadi penyeluk saku! Okay dah sofea.

Sunday, 6 February 2011

I miss you already!

Okay, kalau korang yang baca ni nak gelak gelak lah. Tapi aku nak cakap tadi baru beberapa minit adik aku bertolak untuk pergi ke asrama, aku dah nangis. Tahu la agak kebudak budakkan tpi aku dengan dia tak pernah berpisah. Setakat dia pergi kem sekolah 3 hari 2 malam tu pun aku rindu tapi sikit lah. Ni 2 tahun, lama gila. Okay, nanti cuti memang lah aku jumpa. Tapi, aku tak biasa lah takde dia :(

Monday, 31 January 2011

Like sista like brotha

Untuk siapa - siapa yang tak tau lagi, aku ni anak sulung ye. Adik aku ada 5 orang. Jadi parents aku ada 6 orang anak. Konklusinya, kami adalah anak kepada Encik Mohamed dan isterinya, Datin Seri Yusnida. Oh, yang Datin seri tu gurau je. Meh aku cite sikit pasal adik - adik aku ni ha. Adik aku yang first ni namanya Adam Danial. Lebih mesra dipanggil Donut atau pemadam. Joke. Panggil Adam je. Dia ni seorang yang rajin. Tapi rajin pergi cc la. Tapi rajin belajar jugak kot. Aku selalu jugak kongsi cerita atau gosip panas dengan dia. Memang best lah. Dia ni seorang yang kuat perasan dan berahsia tentang soal peribadi. Eceh, bajet artis. Takde lah, dia ni selalu bergurau. Dia ni jugak rajin gila main Dota. Aku tengok macam tak best je tapi dia main macam best gila. Akhirnya, dia akan berpindah ke MRSM Pengkalan Hulu nun jauh di Perak. Nanti takle gaduh dah. I will miss you bro!

Adam :)

Jom dengar cite pasal adik aku yang kedua ni pulak. Nama dia Puteh Nur Sarah. Well, kami adik beradik perempuan mesti ada nama Puteh. Puteh tu nama moyang kitorang. Penyambung tradisi la ni. Sarah ni seorang yang sangat lasak tapi masih ada keperempuanannya. Rajin tangkap gambar sendiri. Nak berlatih jadi model kot, hahaha. Yes, secara jujurnya aku mengaku yang dia ni lagi pandai bergaya daripada aku. Tapi kulit aku lagi cerah daripada dia, muahaha. Eee, jahat betul aku. Gurau je, hahaha. Kulit Sarah licin, takde jerawat macam aku (bodek balik). Aku pun selalu gosip gosip dengan dia ni kalau tak gosip dengan Adam. Oh, ye. Dia ni rajin belajar and selalu tidur awal. Pukul 10 automatik mengantuk. Ambik kau, takyah pakai manual.

Bersama Sarah ;)

Next, adik aku yang ketiga ni pulak. Nama dia Hazman Danial. Two words about him. Gila bola! Selalu berangan yang dia ni David Beckham dengan Cristiano Ronaldo. Dia ni sangat berminat untuk menjadi pemain bola sepak. So, dia selalu berlatih kat sekolah dia. Dia ni memang terer jugak la main bola. Lasak habiss. Memang aku tak berani nak lawan dia. Dekat rumah, dia jugak selalu jadi penghipur lara dekat rumah. Maksud aku dia selalu buat lawak sampai aku tergelak terbahak bahak sampai terbaring baring sampai.. *dah merepek. Kiranya, kalau aku tak pasang radio, satu family dengar cite dia lah. Memang best. Dia ni ada satu bakat terpendam. Aku tak sangka yang dia ni pandai melukis. Not bad lah lukisan dia. And dia ni ada digosipkan dengan cousin aku, Natasha. Hahaha, seronok gila usik diorang.

Bersama Aman ;)

Adik aku yang keempat pulak! Nama dia Izzat Danial. Seorang yang selalu dipuji hensem oleh abahku. Dia juga agak montel, kah kah kah. Dia ni agak rajin menolong buat kerja rumah (kadang kadang). Dah pandai masak sikit sikit tapi masak telur lah. Seorang yang banyak bercakap. Kalah seven eleven! ~ 24 jam. Dia juga selalu 'bergurau' dengan abangnya Aman. Sorang tukang usik sorang tukang jerit. Kasi meriah itu rumah woah.

Izzat :)

Haaa, yang ni last. Adik bongsu aku yang manja. Nama dia Puteh Nur Sorfina. 11 Februari nanti dia nak masuk 4 tahun. Baru je berusia 4 tahun dia ni dah petah bercakap. Style orang besar gitu. Selalu berlakon jadi mak and suruh aku jadi anak dia. Kadang kadang anak patung lah jadi anak dia. Membahasakan dirinya sebagai Feena. Pandai posing macam model. Haha, memang kalah aku. Dia ni boleh makan makanan yang pedas. Hebat hebat. Lebih pandai mengusha mamat hot daripada aku. Memang kalau dia cakap orang tu hensem, memang betul hensem. So, sesiapa yang nak check diri korang hensem ke tak jumpa adik aku, hahaha.

Sorfina :)

Itu je lah. Aku sayang diorang! Air yang dicincang ke dipancung ke ataupun ditetak takkan putus. Tanpa diorang sunyi hidup aku. Memang best ada adik banyak, haha.