Wednesday, 23 February 2011

Kecil kecil dulu

Okay, sekarang ni aku dah pun berusia 18 tahun. Sebenarnya belum lagi. Tunggu bulan sepuluh nanti, haha. Adik - adik aku pun dah membesar tapi perangai macam budak kecil. "Eleh awak pun!", adik aku jerit dari belakang. Sudah terlanjur bercakap pasal aku dah besar ni. Aku nak cerita pengalaman aku.

Pada suatu hari yang indah, awan yang cerah, burung burung berkicauan....(okay dah! stop cerita macam dalam buku tidur tuh). Tak silap aku, hari tu, hari isnin. Eh, jap. Hari, selasa kot, Eh tak, rabu kot. Sebenarnya aku nak cakap yang aku tak ingat hari apa. Aku pergi berjalan jalan dengan kawan kawan. Dari shah alam, kami menaiki ktm. Eleh, takkan ktm pun tak tau kot? Pergi cari dalam kamus dewan bahasa melayu sekarang jugak! Destinasi yg ingin kami tuju haritu adalah KLCC atau nama glamournya, Kilang Lepak Cakap Cakap (aku main main je). Lepas dah sampai dekat KL Sentral tu, kitorang kenalah naik LRT pulak. Haa, ni pun tak tau? Pergi cari dalam kamus! Aku malas nak bawak beg macam perempuan tuh, apa namanya? Ha! beg tangan. Jadi, aku pun bawak la beg galas kecil dekat belakang aku. Dalam LRT itu, kami seperti biasa membuat lawak dang sebagainya. Memang seronok. Selalunya, apabila menaiki LRT, (padahal sekali je sebelum ni dengan kawan, ni second kot) aku selalu letak beg aku di hadapan. Tapi, kali ini. Tah la, terasa extra selamat pulak. Jadi, aku biar je beg galas aku dekat belakang. Lepas beberapa minit tu kitorang pun sampai KLCC. LRT memang laju, tak macam KTM. Okay, KTM, jangan merajuk. Lepas baru je sampai KLCC tu. Hati aku macam tergerak nak tengok beg aku. Sakit ke dia? Atau sihat ke dia? Bila tengok je beg galas aku, zip dah terbuka! Habis ternoda. Aku tengok wallet dalam beg aku tu pun dah lesap. Memang masa tu, aku terdiam (sambil menyumpah - nyumpah dalam hati). Tapi redha atas permergian wallet aku. Tapi lebih menambahkan kemarahan aku, IC aku dalam wallet tuh. Terpaksa lah menjadi P.A.T.I seketika. Bukan party ye. Nak tau pergi check kamus! Kan lagi sekali aku nak kena arah. Aku syak ini mesti kerja di penyeluk saku. Apa nak buat, benda dah jadi. Nasi sudah menjadi bubur. Sila lah makan bubur itu. Lepas habis enjoy kat KLCC tu. Kitorang balik. Masa nak balik, banyak pulak pengumuman " Perhatian, sila berhati- hati dengan penyeluk saku ". Piraaaahhh, aku dah jadi mangsa dia pun. Takpe aku maafkan penyeluk saku tuh. Tapi nak buat macam mana, aku dah tersumpah dia dapat penyakit kudis sampai mati. Opppssss!

Sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal atas tuh. Ni sebenarnya aku nak cerita. Ingat tak masa dulu dulu? Masa korang kecil lagi, bila nak pergi sekolah je. Korang salam dan cium tangan mak bapak korang. Pastu mak sikatkan rambut korang rapat rapat. Macam nerd pun ada. Lepas tuh, tepek bedak banyak banyak. Comel kan? Masa kecil kecil dulu kita dah belajar supaya ikut peraturan. Tapi kenapa bila besar jadi lain? Macam tak pernah belajar pulak pasal peraturan. Contohnya, haritu. Masa aku nak ambil adik aku dari sekolah (sebenarnya mak aku yang bawak kereta, aku duduk sebelah je). Aku tengok budak budak beratur. Kenapa eh? Ohh! Bas diorang dah sampai, patut lah diorang beratur. Tengok, budak kecil pun tau nak beratur. Tak macam masa aku naik naik KTM haritu. Punyalah ada aksi tolak menolak. Aku jugak nak kena mengalah. Pastu, tunggu KTM lagi satu dengan kawan kawan aku.

Tak percaya? Ni buktinya!

So, point aku adalah, kalau kita ikut segala peraturan, takdelah penyeluk saku kan?! Takde lah, aku yang jadi mangsa kan?! Okay okay, maaf. Terlebih ikut perasaan. Maksud aku, takde lah orang - orang jahat kat Malaysia ni kan? Opss, maksud aku seluruh dunia lah. Kesian polis, asyik kena tangkap penjahat je. Biar lah diorang rileks sikit. Kalau nak cari duit, cari lah yang halal. Biar berkat hidup tu. Jadi, belajar lah rajin rajin! Sekian, itu je nak cakap. Kalau ada yang terasa, sorry lah. Aku pun bukannya baik sangat. Tapi takde sampai nak jadi penyeluk saku! Okay dah sofea.

Sunday, 6 February 2011

I miss you already!

Okay, kalau korang yang baca ni nak gelak gelak lah. Tapi aku nak cakap tadi baru beberapa minit adik aku bertolak untuk pergi ke asrama, aku dah nangis. Tahu la agak kebudak budakkan tpi aku dengan dia tak pernah berpisah. Setakat dia pergi kem sekolah 3 hari 2 malam tu pun aku rindu tapi sikit lah. Ni 2 tahun, lama gila. Okay, nanti cuti memang lah aku jumpa. Tapi, aku tak biasa lah takde dia :(

Monday, 31 January 2011

Like sista like brotha

Untuk siapa - siapa yang tak tau lagi, aku ni anak sulung ye. Adik aku ada 5 orang. Jadi parents aku ada 6 orang anak. Konklusinya, kami adalah anak kepada Encik Mohamed dan isterinya, Datin Seri Yusnida. Oh, yang Datin seri tu gurau je. Meh aku cite sikit pasal adik - adik aku ni ha. Adik aku yang first ni namanya Adam Danial. Lebih mesra dipanggil Donut atau pemadam. Joke. Panggil Adam je. Dia ni seorang yang rajin. Tapi rajin pergi cc la. Tapi rajin belajar jugak kot. Aku selalu jugak kongsi cerita atau gosip panas dengan dia. Memang best lah. Dia ni seorang yang kuat perasan dan berahsia tentang soal peribadi. Eceh, bajet artis. Takde lah, dia ni selalu bergurau. Dia ni jugak rajin gila main Dota. Aku tengok macam tak best je tapi dia main macam best gila. Akhirnya, dia akan berpindah ke MRSM Pengkalan Hulu nun jauh di Perak. Nanti takle gaduh dah. I will miss you bro!

Adam :)

Jom dengar cite pasal adik aku yang kedua ni pulak. Nama dia Puteh Nur Sarah. Well, kami adik beradik perempuan mesti ada nama Puteh. Puteh tu nama moyang kitorang. Penyambung tradisi la ni. Sarah ni seorang yang sangat lasak tapi masih ada keperempuanannya. Rajin tangkap gambar sendiri. Nak berlatih jadi model kot, hahaha. Yes, secara jujurnya aku mengaku yang dia ni lagi pandai bergaya daripada aku. Tapi kulit aku lagi cerah daripada dia, muahaha. Eee, jahat betul aku. Gurau je, hahaha. Kulit Sarah licin, takde jerawat macam aku (bodek balik). Aku pun selalu gosip gosip dengan dia ni kalau tak gosip dengan Adam. Oh, ye. Dia ni rajin belajar and selalu tidur awal. Pukul 10 automatik mengantuk. Ambik kau, takyah pakai manual.

Bersama Sarah ;)

Next, adik aku yang ketiga ni pulak. Nama dia Hazman Danial. Two words about him. Gila bola! Selalu berangan yang dia ni David Beckham dengan Cristiano Ronaldo. Dia ni sangat berminat untuk menjadi pemain bola sepak. So, dia selalu berlatih kat sekolah dia. Dia ni memang terer jugak la main bola. Lasak habiss. Memang aku tak berani nak lawan dia. Dekat rumah, dia jugak selalu jadi penghipur lara dekat rumah. Maksud aku dia selalu buat lawak sampai aku tergelak terbahak bahak sampai terbaring baring sampai.. *dah merepek. Kiranya, kalau aku tak pasang radio, satu family dengar cite dia lah. Memang best. Dia ni ada satu bakat terpendam. Aku tak sangka yang dia ni pandai melukis. Not bad lah lukisan dia. And dia ni ada digosipkan dengan cousin aku, Natasha. Hahaha, seronok gila usik diorang.

Bersama Aman ;)

Adik aku yang keempat pulak! Nama dia Izzat Danial. Seorang yang selalu dipuji hensem oleh abahku. Dia juga agak montel, kah kah kah. Dia ni agak rajin menolong buat kerja rumah (kadang kadang). Dah pandai masak sikit sikit tapi masak telur lah. Seorang yang banyak bercakap. Kalah seven eleven! ~ 24 jam. Dia juga selalu 'bergurau' dengan abangnya Aman. Sorang tukang usik sorang tukang jerit. Kasi meriah itu rumah woah.

Izzat :)

Haaa, yang ni last. Adik bongsu aku yang manja. Nama dia Puteh Nur Sorfina. 11 Februari nanti dia nak masuk 4 tahun. Baru je berusia 4 tahun dia ni dah petah bercakap. Style orang besar gitu. Selalu berlakon jadi mak and suruh aku jadi anak dia. Kadang kadang anak patung lah jadi anak dia. Membahasakan dirinya sebagai Feena. Pandai posing macam model. Haha, memang kalah aku. Dia ni boleh makan makanan yang pedas. Hebat hebat. Lebih pandai mengusha mamat hot daripada aku. Memang kalau dia cakap orang tu hensem, memang betul hensem. So, sesiapa yang nak check diri korang hensem ke tak jumpa adik aku, hahaha.

Sorfina :)

Itu je lah. Aku sayang diorang! Air yang dicincang ke dipancung ke ataupun ditetak takkan putus. Tanpa diorang sunyi hidup aku. Memang best ada adik banyak, haha.

Tuesday, 14 December 2010

The end

Actually, not yet lah. Habis spm tu baru sebagai pembuka selera utk kehidupan. Ceh. Lepas ni banyak lagi cabaran yang lagi dasyat daripada kena buat latihan setiap hari! Nak melangkah ke arah masa depan la katakan. I will school! Rindu do nak kena denda sbb lambat datang skolah. Hahaha, stakat sapu sampah, best woaaa. Ceh, hahaha. So, activity masa tengah menganggur ni jogging, jalan jalan, dok rumah, blaja masak and of course online. Teringin nak beli novel ke tengok drama korea ke tp laptop ni pehhh, nak tunggu dia loading punyalah macam menunggu perempuan keluar dari tandas. Sebenarnya, adalah hasrat nak mecari kerja, at least jd bos pun boleh lah. Haha, melebih pulak! alaa, cari pengalaman en. Duit pulak dapat. Nak kerja kedai kek, so, kalau kek tak habis boleh la bwk balik. Punya lah berangan, hahaha. Haaa, lagi satu nak ambik lesen. Tapi tgk lah dulu. Hahahaha, last skali duduk rumah je en. Itu je la kot nak tulis. Btw, welcome back Sofea! Setelah sekian lama, akhirnya update gak blog. Okaay, chow bebeh!

Friday, 15 January 2010

Sofea dah

sampai Malaysia :)