Thursday, 16 October 2014

Peritnya perpisahan

Kenangan 3 tahun, manis dan pahit. Aku akan simpan jadikan memori terindah. 3 tahun aku bersama mereka. Akhirnya, tiba masa. Diploma berakhir. Jangan tanya kenapa aku sedih. Memang berat hati ni nak tinggalkan sahabat sahabat. Terima kasih UiTM Lendu. Kau simpan seribu satu kenangan aku.

Saturday, 30 November 2013

Kenapa menangis?

Kenapa bila rindu orang, boleh menangis?
Kenapa bila sakit hati, boleh menangis?
Kenapa bila terharu sangat, boleh menangis?
Kenapa bila stress gila gila, boleh menangis?

tumblr_md1j6gKedw1rzcaajo1_500_large.jpg (500×334)
Credit picture: From google/tumblr.

Aku rasa tak salah kalau kita nak menangis.

Menangis kalau itu boleh buat kau lega.
Sampai kering air mata. Lepas tu kau bangkit!

Atau...

Menangis itu memang hobi kita?

Aku pun tak tau. Cuma, yang aku tau..Aku susah nak stop kalau dah start menangis haha.

Kbye.

Saturday, 2 November 2013

Si Tinggi

Ye, akulah si tinggi itu.

Dah lama tak ukur tinggi. Last ukur, 170cm.

Biasanya golongan si tinggi ni akan dapat gelaran Zirafah. Tak percaya? Kau ce tengok si Kwang Soo dalam Running Man tu. Aku pun dah biasa la dapat gelarang tu.. eh ter'Terengganu' pula. Malas nak padam. Gelaran ye bukan gelarang.

Orang selalu tanya, "apa eh perasaan jadi orang tinggi ni?" Hmm, biasa saja. Orang tinggi pun manusia biasa juga.

Jadi orang tinggi ni, mata boleh nampak kebanyakan benda di hadapan, kanan dan kiri. Ye lah, dah dia paling tinggi. So, senang lah nak cari orang yang hilang kat pasar ke shopping mall ke. Tapi aku rasa macam tak masuk akal juga ayat aku ni. Sebab aku ni suka terlepas pandang. Selain itu, orang tinggi ni la yang selalu kena cuci kipas kat rumah, haha.

Jangan kau tak tau, si tinggi susah nak cari seluar. Kalau saiz di pinggang dah ok, singkat la pula. So, kena ambil saiz yang lagi besar untuk dapatkan seluar yang labuh. So, wajib ada tali pinggang. Yeah, aku susah nak cari size. Haa, lagi satu, aku paling malas nak shopping kasut. Why? Sebab kasut selalu tak ada saiz! Stress okay. Kasut contoh yang selalu ada dekat kedai, saiz kecik yang amat. Bila ada kasut yang aku berkenan, tak ada size. Kasut yang aku tak berkenan la yang ada saiz. Cabaran hidup gitu.

Ada satu benda yang aku masih ingat sampai sekarang.

Dulu, masa aku darjah berapa aku tak ingat. Aku and family nak main bowling. Then, orang kat sebelah lane kitorang ni. Aku rasa dia makcik kot. Gitu lah. Makcik tu boleh tanya ibu aku macam ni, "Anak kakak cacat ke? Sebab kaki dia macam panjang?"

APAKAH. What the.... ??

Boleh pula seorang stranger tanya si ibu pasal anak dia cacat ke tidak. Hello, itu soalan paling sensitif okay. No, jangan tanya soalan sebegitu kepada ibu ibu di luar. Paling tak boleh blah, aku dikatakan cacat? Apa benda.

Apa kau ingat si tinggi tiada perasaan? Kami pun ada perasaan.

Akhir kata, tinggi ke pendek ke kurus ke berisi ke, semua comel. Jangan judge orang semata mata kerana fizikalnya. Apa yang penting, dalaman. Bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t okay.

Chowwww.

Tuesday, 29 October 2013

Aku dah 20 tahun!

Amagad amagad amagad! *gedik gila.

Assalamualaikum. Tepat je tarikh birthday aku, genap 20 tahun lah aku.

Hmm perasaan lepas dah masuk 20 tahun ni, hmm hmmm, rasa macam nak ke arah yang lebih matang mungkin. Just kidding!

Tapi seriouslah, sekarang aku dah minat sikit sikit membaca benda serious. *kira matang ke tu?

Mungkin, baru nak start. Apa apa pun, perangai gila gila aku ni masih belum dapat diketepikan.

Arghhhh, aku dah 20 tahun!

Kbye.

Thursday, 10 October 2013

Nasi

Nasi.

Sejenis makanan ruji warga Malaysia. Boleh menggemukkan tapi itu masih menjadi pilihan utama aku.

Terima kasih kepada petani. Sanggup berjemur menahan terik.

Demi sesuap nasi, mereka bekerja menuai padi. Tiada mereka, tiadalah beras. Tiada beras, nak makan nasi cemana?

Ye. Aku tau, mesin yang canggih tu dah wujud. Apa apa pun terima kasih petani.

Jika aku berada di negara lain pun, aku tetap akan mencari nasi. Ke mana tak tumpahnya nasi kalau ke dalam mulut aku.

Motif sebenarnya nak bagitau yang aku sangat gemarkan nasi. Tu dah tembam. Eh.

Bye. Assalamualaikum.