Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Friday, 7 August 2015

Perlu ke terima nasihat?

Semua orang pernah berdepan dengan perkataan 'nasihat' ni. Tak kira la sama ada dari segi menerima atau memberi. Kan?

Sesetengah orang lebih gemar memberi nasihat dalam bentuk leteran. Ada yang suka bagi secara indirect iaitu perli or lebih sedap la ayat jika digantikan dengan perkataan 'berkias'. Ada juga suka bagi secara direct. Dush, terasa seperti tumbukan mengena pipi haa. Biasanya, kalau nasihat secara direct ni, ayat dia deep sikit. Masuk ke dalam jiwa.

To be honest, aku lebih suka kalau orang bagi nasihat secara baik, dan lembut. So, okay la. Kita faham la mesej apa yang dia nak sampaikan. Hati pun menerima dengan ikhlas. Ye la, nasihat tu untuk kebaikan kita juga kan.

Tetapi, macam mana kalau orang dengar nasihat tu and 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'? Dia just ignore saja. Haaa, aku rasa waktu macam ni la sesuai untuk pemberi nasihat keluarkan ayat keras sikit. Bukan apa, selalunya bila kita dengar nasihat yang normal, kita jadi lali. 'Oh lantak pi lah, nanti aku buat lagi'. Tapi, bila sekali sekala dengar ayat yang ada punchline sikit, baru berdesing telinga. Selalunya, bila orang dengar nasihat sebegini, akan ada 2 possible reaksi dari mereka. Kalau tak terima, mereka akan marah. Pada aku, it's a normal thing la kalau memula dengar ayat nasihat kasar sikit, kau akan sentap. Manusia kot. Kalau kau hati batu, mesti kau ignore saja kan.

So, bila tengah sentap or marah, kau kena fikir jap. 'Betul ke aku salah?' 'Nasihat dia tu ada point tak?'

Haa, fikir fikir.

Let's say la kan, kalau nasihat dia pedas, tapi nasihat dia ada point yang penting. Aku rasa tak salah kalau kau cuba untuk terima nasihat tu. Okay, memang ayat dia menyentapkan. Tapiiiiii, dia ada point dan point dia ada gunanya. Trust me, aku pernah dengar nasihat and ayat yang agak pedas. Okay, memula memang agak sentap. Tapi, lepas tu aku move on and pakai nasihat tu. Sebab apa? Sebab nasihat tu berguna.

Kalau kau rasa nasihat tu tak ada point, just ignore je la. Jangan difikir fikir lagi ayat yang kasar tu. Move on and be happy.

Nasihat tu boleh diibaratkan sebagai peta untuk kau menuju destinasi yang benar dan tepat. So, kena pakai k.

p/s: Haritu Bigbang datang Malaysia, tapi aku tak pergi pun concert dia. Sobss. Abe Top!

Kbye.

Thursday, 16 May 2013

Berjaga

Assalamualaikum kepada orang tengah membaca post ini,

Setiap kali cuti sem, aku mesti berangan nak keluar sini sana, dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Malangnya apa yang aku impikan tak semudah itu untuk dilaksanakan.

Hakikatnya, aku lebih suka lepak di rumah, makan, online, menulis dan membaca novel.

"Cuti punyalah lama, kau tak kerja ke?" Kerja. Tapi kerja aku ni sekali seminggu je. Mengajar jiran maths.Gaji pun cukup lah nak beli makanan. Bab nak shopping baju aku tak kisah sangat. Makanan tu penting. Aku memang malas nak kerja kat tempat awam. Argh, suka hati kau lah nak panggil aku anti-sosial ke apa kan. Hmm, boleh lah. Mungkin aku ni anti-sosial atau tak reti nak cakap dengan strangers. Apa apa pun ni bukan point yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita tentang masalah berjaga aku.

Setiap hari aku berjanji kepada diri sendiri untuk tidur awal. Maksimum berjaga *kononnya* pada pukul sepuluh malam. Namun, mission ku tetap gagal. Setiap hari aku akan tidur emm lebih daripada pukul tiga pagi. Aku pun tak tau apa masalahnya. Dekat hostel boleh pula aku mengantuk awal. Dekat rumah, memang tak lah bro. So, bila dah tidur lambat. Nak bangun pagi tu cukup sukar.

Setiap hari aku berjanji dengan janji yang sama nak tidur awal. Malangnya virus burung hantu telah menyerap dalam badanku. 


Sunday, 13 November 2011

Pendapat orang berbeza

Assalamualaikum. Aku rasa blog aku ni dah berhabuk gila. Aku dah lama tak update blog ni sebab ada penyakit malas and sebenarnya aku busy. Eceh, ye ye je. Macam ada orang baca kan?


Oh ye, hari ni SPM start kan? Good luck okay! Do your best! Please jangan cepat give up, jangan tinggal kosong paper tu. At least dapat markah kesian? Haha, kalau pemeriksa tu baik hati lah. Kalau dapat soalan bocor ke apa ke, tak payah lah harap sangat sebab bukannya 100% betul pun. Yang penting, kau dah study. So, masuk dewan tu, jangan lah fikir tak boleh jawab ke apa ke. Yang penting kau mesti jawab dengan hati yang tenang. Tatik nafas............hembus.... Bagus.


Aku bet mesti ramai yang study last minute haha. Aku pun dulu study last minute. Kadang-kadang study last minute ni amat lah membantu, kadang-kadang tak. So, lebih baik kalau study awal. Jangan ikut macam aku. Masa form 4 aku pindah UK. Lepas tu, masa form 5 aku balik Malaysia. Balik Malaysia tu, terus ambik SPM. Siapa tak takut woi? Ada masa setahun je nak study form 4 dengan form 5. Salah aku jugak, masa kat UK malas nak study form 4. Haha, study tak berguru, namanya study dengan setan. Kang sesat kang baru tau.


So, lepas balik Malaysia tu. Aku ingat nak masuk form 5 terus. Tapi ada lah segelintir orang berpendapat aku tak patut masuk form 5 sebab dah tinggal pelajaran kat Malaysia setahun. Ada yang cakap kalau masuk form 5 terus, susah. Sebab tak pernah belajar so kena study banyak. Masa tu, aku fikir satu je. Kalau aku masuk form 4, maksudnya aku lambat setahun daripada kawan-kawan aku. Cis! Mak aku pun tanya, nak masuk form 4 ke form 5? Haaa, macam mana ni? Nak ikut pendapat orang ke pendapat aku? Tidak! aku confuse!

Sebenarnya, pendapat orang kau boleh fikirkan tetapi, jangan lah ikut 100% sebab kadang-kadang pendapat orang dengan pendapat kita berbeza. Contoh lah, kau pergi shopping dengan kawan kau or mak kau ke, siapa-siapa je lah, nak beli t-shirt. Tiba-tiba, kau jumpa satu t-shirt ni. Wah! lawa gila! Warna favourite kau pulak tu, warna hitam. So kau nak beli t-shirt tu. Tetapi orang yang pergi bershopping dengan kau tu cakap, t-shirt yang kau pilih tu tersangat biasa, macam tak lawa mana lah kan. Lepas tu dia cadangkan kau beli satu t-shirt ni warna hijau sebab ia nampak lagi menarik. Kiranya, kalau kau pakai t-shirt tu semua akan pandang lah, cewah. Padahal kau tak suka warna hijau. So, macam mana ni?

Kalau kau ikut jugak pendapat dia 100%.
Kau beli. Lepas tu kau tak pernah pakai. Membazir kan?

Kalau kau ikut pendapat dia tak sampai 100%
So, kau tak beli. Tetapi, kau tak beli t-shirt warna hijau jugak. Kau cari t-shirt yang lain. Lepas dapat t-shirt yang kau suka, kau beli. Kau pakai. Kau puas hati.

Aku rasa teori aku ni agak memeningkan, haha. So aku buat ringkasan sikit.


Teori Sofea


Pendapat kau vs Pendapat Orang : 
Pendapat Orang 100% - Kau rasa tak puas hati.
Pendapat kau 100% -Syok sendiri                                                   
Pendapat kau 60% Pendapat Orang 40% Kau rasa senang hati. Orang tu pun senang hati.


Faham tak maksud aku? Kalau nak ikut pendapat orang, ikut lah yang baik. Yang kau rasa tak selesa or tak beberapa nak ngam dengan pendapat tu, jangan lah ikut. Kalau kau ikut jugak tapi tak puas hati. Takde guna kan? Tapi, jangan lah tolak pendapat orang 100%. Itu maksudnya kau syok sendiri. Semua nak menang je. Haha, nanti orang menyampah tau. 


So, berbalik kepada cerita SPM tadi, aku ikut pendapat aku sedikit and pendapat orang lain sedikit. Kena ada balance. Haha, aku dengan yakinnya (padahal cuak nak mampus) cakap lah aku nak masuk form 5. Agak kebudak-budakkan lah fikiran aku ni. But, who cares? Aku yang nak jawab exam kan? So, kena lah ambik risiko. Mula-mula memang aku takut dengan pilihan aku. Tapi, kalau aku sendiri dah pilih. Kena lah berusaha. Lepas dah start belajar tu, okay je. Tapi kena extra working lah sebab aku dah skip setahun. PEKA, lisan BM and BI form 4 semua kena buat. Untung ada kawan-kawan yang sedia membantu aku and bagi nasihat and tips. Terima kasih daun keladi, jasa mu dikenang kawan- kawan.


Bila dah dapat result, alhamdulilah. Takde lah cemerlang mana pun cuma lebih okay daripada yang aku sangkakan haha. Aku bajet ada fail, alhamdulilah takde. Tapi, boleh lah. Tu sebab aku malas. Kalau aku extra rajin, boleh kot dapat lebih, hahaha. So, korang jangan malas. Bila teringat balik, kalau aku ikut nasihat orang, tahun ni baru aku SPM. Sekarang ni mesti ada dekat dewan tengah menulis. Tetapi, aku tak ikut 100%. So, sekarang ni aku tengah berehat and busy pack barang sebab esok aku nak bertolak ke Melaka sebab Rabu ni aku nak daftar dekat uitm melaka dalam course perakaunan, hehe. Doakan aku okay! Aku sebenarnya nervous ni. Oh ye, aku masuk uitm sesi 2. Lambat sikit, baru nak start hehe. Pasal U ni, nanti aku cerita.


p/s : To all SPM candidates, good luck! Sebenarnya SPM ni adalah jambatan korang ke mana korang nak pergi. Do your best, InsyaAllah boleh buat punya. Result tak cemerlang pun boleh sambung belajar. Janji jangan ada yang fail. Takde hal, janji korang nak belajar and rajin kat U nanti. That's all matter, jangan risau okay. Aku cakap ni macam aku dah kerja pulak. Sorry atas kepoyoaan aku okay. Chow~

Tuesday, 20 September 2011

Sembah Yang Maha Esa

Assalamualaikum! Waalaikumusalam.. (aku tulis siap-siap takut korang lupa nak jawab)

Harini, aku rasa aku nak cerita pasal solat. Alah, yang solat 5 waktu tu. Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, dah Isya'.
Semua umat Islam memang wajib solat kan. Ye, aku tahu. Memang walaupun aku ni kadang-kadang lalai, terlupa, dan malas. Aku hanya insan biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

Walau apa-apa pun, solat itu tiang agama. Kalau tak solat maka roboh lah tiang agamanya. Ibarat rumah takde tiang atau pun rumahtangga takde tangga, hancur kan? Apa aku merepek ni.

So..aku nak cerita sikit pengalaman aku. Hehe. Aku ni takde lah alim mana..Tapi ialah sekadar bercerita kan..

Dulu, masa bulan berapa tah dalam tahun ni jugak lah. Sementara nak menunggu result SPM keluar, aku pun cari lah kerja. Sekali, dapat lah satu kerja sebagai assistant dekat satu kedai ni. Bossnya, bukan orang Islam. Aku malas nak cakap bangsa apa. Nanti jadi gosip pulak, hihi. Kerja dia boleh tahan lah. Bagi aku yang pemalas ni, agak mencabar tapi aku cool. Oh, gaji dia, sebulan RM800 lebih macam tu kot. Lupa dah aku.

Pagi, tu aku datang awal. Tunggu sampai bos tu datang and dia suruh aku sapu sampah, mop lantai, lap meja kaca, lap rantai and loket yang dah berhabuk, dan ada la lagi kerja lain. Well, kerja bergaji kan so tak ada hal lah. Apabila dah masuk waktu untuk solat zohor, aku kena tunggu masa rehat dulu, pastu baru solat. Masa masuk waktu solat asar, aku minta izin lagi dekat boss. Pastu, boss tu macam tak kasi. Tapi lepas kawan aku datang kedai ajak solat, baru dia kasi.

Masa waktu magrib, aku minta izin lagi nak solat magrib, dan dia macam tak kasi. Masa tu kawan aku datang kedai. By the way, kawan aku ada kerja dekat kawasan tu. So, kitorang solat sama-sama. Boss tu cakap dekat aku.

Boss: Kena ke solat 5 kali?
Kawan aku: Dalam agama kami wajib lah..
Boss: Haiyaa.. susah lah nanti customer datang, takde siapa nak layan. Okay, lah. You pergi solat.
Aku: Okay boss.
Boss: Tapi, esok you tak boleh buat macam harini. Sembahyang sekali saja, lepas tu sembahyang lah dekat rumah. Saya pun tak sempat sembahyang ma.. Saya sembahyang di rumah saja.
Aku dengan kawan: Mana boleh boss. Kami wajib solat. Agama kami lain..

Lebih kurang macam tu lah perbualan kitorang. Yang aku hairannya, boss tu ada mention dulu ada seorang pekerja dia, Melayu lah boleh je solat sekali. Kenapa aku tak boleh? Adui, aku rasa budak Melayu tu sesat kot, hehe. Masa tu, aku dengan kawan aku macam sedih gila. Yelah, orang tu tak faham agama Islam kita kan. Sejujurnya, kitorang nangis. Dah tak sempat nak control macho haha.

Dia siap cakap lagi, nanti bila dah kerja. Mana boleh keluar banyak kali untuk sembahyang. Aku rasa macam tak logik pula apa dia cakap. Well, agama rasmi di sini, agama Islam. Langsung tak hormat agama kami. Walau apa-apa pun, rakyat Malaysia kan berbilang kaum, bangsa dan agama, mahupun warna kulit. Kita kena lah saling menghormati kan. Aku bukan lah perfect mana nak nasihatkan orang. Sekadar manusia biasa..

Lepas aku dengan kawan aku selesai bersolat maghrib, aku membuat keputusan untuk berhenti kerja hari itu jugak. Duit memang penting, tetapi solat itu lagi penting walaupun aku takde lah alim mana. Biasa sahaja. Tapi, tanpa solat, hidup tidak diberkati, rezeki pun tak halal kan.

Sejak kejadian tu, adalah jugak pengajaran yang aku dapat. Kita tidak boleh lalai dalam dunia ni. Maksud aku, solat 5 waktu jangan abaikan. Perkara wajib yang lain jangan lupa juga, hehe. (aku tengah menasihati diri sendiri la ni).

Ni lagi satu cerita, hehe. Amboi, banyak betul cerita aku ni. Haritu, aku ikut ayah aku. Ayah aku teman nenek aku untuk jumpa dengan saudara. Sampai lah dekat satu rumah ni. Aku tak ingat pulak kalau aku pernah pergi rumah ni, tapi diorang ada cakap diorang ada jumpa aku masa aku baby lagi. Oh ye, diorang tu merangkap nenek-nenek saudara aku. Nenek-nenek saudara ni cousin nenek aku. Parents nenek-nenek saudara aku masih hidup lagi. Wow, alhamdulilah panjang umur.. So, aku ada lah jumpa moyang saudara lelaki dan juga perempuan. Mereka suami isteri.

Berbalik kepada main pointnya, masa tu dah masuk waktu magrib. So, aku nampak lah moyang saudara aku ni pergi dekat satu tempat ni dan lemparkan sejadah. Nak solat hehe. Surprisingly, umur dia dah 93 ke 95 tahun. Tapi, dia masih boleh solat macam biasa. Tak solat atas kerusi, mahupun mengiring.Walaupun badan dia dah bongkok sikit. Seriously, aku rasa macam amazing gila kot. Aku yang masih muda dan masih kuat ni adalah jugak tertinggal solat. Lalai, ehem. Tapi moyang saudara aku, walaupun dah tua. Masih kuat lagi untuk bersolat macam biasa. Terasa sedikit insaf di situ.

Bersembahyang lah sebelum anda disembahyangkan.

Maaf, sekiranya aku terkasar bahasa mahu pun buat korang terasa ke apa. Sekadar bercerita sambil mengambil pengajaran. Aku pun ambil pengajaran jugak, hehe. Okay, syok sendiri ye aku. Haha, okay bye.





Saturday, 20 August 2011

Sepuluh sen

Mempersembahkan 10 sen edisi 2011 *dengan bangganya.

Assalamualaikum semua, hari ini aku nak cakap pasal sepuluh sen atau nama glamournya, RM0.10. Tetapi, lagi sedap kalau panggil sepuluh sen kan. Okay, takde kena mengena.

Maybe sepuluh sen ni mempunyai nilai yang agak kecil. Yelah, apalah nak dibandingkan kalau dengan seringgit kan. Apatah lagi seratus ringgit. Kalau dah ada seratus ringgit dekat tangan, sepuluh sen tu, nak pandang sebelah mata pun taknak kan. Apalah sangat, cewahh. Haha. Ehem, dulu aku pun macam tu. Tapi kalau dah darurat sampai satu sen pun takde, mula lah korek-korek bawah kerusi check kalau ada duit syiling sebab nak beli keropok. Itu dulu, sekarang aku dah baik. Eceh.

Aku start sedar yang sepuluh sen ni sangat penting bagi aku, sejak ada sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

Dulu, masa aku form berapa eh, aku tak ingat. Aku nak pergi library dengan jiran. Masa dekat rumah tu aku tengah bersiap-siap. Ambil apa yang patut, macam buku, bag, phone dengan duit. Sekali, masa aku tengah nak simpan duit syiling. Aku terjumpa satu syiling ni. Kenal tak siapa syiling tu?

Siapa lagi kalau bukan si sepuluh sen. Lalu, dengan hati yang beku ibarat ais (tapi up sikit), ku lemparkan sepuluh sen itu ke atas lantai.Ting!! (bunyi syiling jatuh ke lantai). Syiling itu bergolek ke arah bawah kerusi. Untuk pengetahuan korang, bawah kerusi adalah tempat untuk barang-barang yang "loser" seperti kertas, sampah, surat khabar, habuk dan serangga yang dah mati. Siapa yang buang? Mestilah manusia yang tidak suka mengemas rumah. Siapa-siapa yang rumah dia kemas tu, korang untung ada mak/kakak/adik perempuan yang rajin, haha.Bibik yang rajin pun boleh.

Berbalik kepada story. Dengan tidak memikirkan kesan tindakkan aku itu, aku terus angkat kaki belah dari situ. Meninggalkan sepuluh sen bernasib malang...

Di Library, aku belajar seperti biasa. Well, macam biasa lah kan. Belajar sikit, dahaga. Belajar sikit dahaga.  
So, mulalah pasang niat nak jalan-jalan cari air. Dekat luar library tu ada dua mesin air. Alah, mesin air? Takkan tak tau kot. Yang korang letak duit syiling pastu tin keluar tu. Ye, duit syiling ada kuasa untuk menarik tin air jatuh ke bawah sebab duit syiling ada kuasa graviti. Tak belajar fizik ke? Itu pun tak tau.

Seperti biasa, RM1.60 diperlukan. Eh, jap. Berapa eh harga satu tin? Aku lupa.

Aku mula mengira duit aku yang terdapat di dalam wallet (perkataan wallet kelas sikit daripada perkataan dompet, haha). Dua puluh sen..empat puluh sen... enam puluh sen.. seringgit..seringgit lima puluh sen..

Alamak! Tak cukup sepuluh sen! Itu je lah duit syiling yang aku ada. Duit tak cukup, tak dapat lah aku beli air. Lepas tu, baru lah aku teringat balik pasal adegan membaling sepuluh sen sampai masuk bawah kerusi dekat rumah aku tu. Kalau lah aku simpan kan dah boleh beli air. Too bad, aku dah pun baling.

Haha, So, hargai lah sepuluh sen anda. Tanpa sepuluh sen tu habis korang! Tak boleh beli air kat mesin, tak boleh bayar parking tiket.

p/s: Mula lah menabung duit syiling sepuluh sen! Macam yang korang belajar kat sekolah tu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Lagi satu, kalau simpan duit syiling dalam tabung. Lama-lama semakin berat. Masa tu, korang rasa macam dah ada banyak gila duit dalam tabung tu. Kalau simpan duit kertas dalam tabung, lama-lama pun ringan jugak. Ringan tak best. Sekian.





Wednesday, 17 August 2011

Aku dah ada kasut raya. Kau ada tak?

Assalamualaikum, tak jawab dosa. Haha, tajuk kat atas tu memang poyo habis kan? Kasut raya je pun, saja nak kecoh. Semalam hari apa eh? Hari Rabu. Salah. Semalam hari Nuzul Quran. So, selamat menyambut hari Nuzul Quran everybody. By the way, semalam memang hari Rabu tau. Jangan lah kau orang pergi check kalendar pulak, haha.

Tapi, aku bukan nak cerita hari Nuzul Quran. Aku nak cerita pasal kasut raya. Tadaaaaa! Hebat tak? *Kecoh betul minah ni* 

Aku nak cerita pasal aktiviti aku semalam. Ye, jangan risau. Pasal kasut raya tu aku akan cerita jugak. 

Sudah menjadi kebiasaan aku masa bulan puasa ni, mata aku tak akan lelap selagi tak sahur. Maksudnya, aku   
akan berjaga sampailah sahur, and lepas sembahyang Subuh, aku tidur. Hebat tak? Ada ke orang berjaga macam setiap hari? Tak ada kan? Cewahh, poyo. So, setiap hari pada bulan Ramadhan ni, aku tolonglah kejutkan manusia-manusia dalam rumah aku ni. Tau tak apa cabaran yang aku hadapi masa bulan puasa ni? Lapar? Dahaga? Bukan. Cabarannya ialah.....

KEJUT ADIK-ADIK AKU BANGUN SAHUR.

Aku : Weh, bangun lah. Sahur! (sambil menggoncang bahu adikku)
Adik : Alah, nantilah saya bangun atau (bangun dan tidur balik)

Tetapi, tak kira apa pun. Aku akan kejut diorang sampai bangun. OMG, haaa semput~

Pukul 11.30 pagi - Aku tersedar dari tidur. Adik perempuan aku rupanya yang kejut. Habis bahuku digoyang. Dia suruh aku bersiap nak pergi Sunway Pyramid. Aku pun bersiap.

Lama punya tunggu, pukul 3.30 petang baru nak gerak.(Kurang asam  asin) 

Depan rumah, panas.
Sampai juga di Sunway Pyramid. Apa lagi? Usha kedai mari. Yang penting, aku nak beli barang yang cantik, berkualiti tetapi murah. Aku ulang lagi sekali, MURAH.

Pergi sana, pergi sini. Jumpa kedai kasut ni. Woah, harga murah. Boleh lah, kasut pun cantik. Apa lagi? Rembat lah! Tapi make sure rembat berbayar ye. Nak tengok gambar kasut tu? Nak ye? 100 tahun akan datang aku upload gambar kasut tu ye, haha.

Jalan sini, jalan sana. Kaki aku lenguh. 
Adik bongsu aku nak jugak posing. Cewahhh Fina. Cute la tuh? Memang cute pun hahaha.  Perasan.
Senyum, tak perlu kata apa apa~

Izzat, lion, Fina and Sarah bergambar
Pukul 5.30 petang camtu. Kitorang pun balik. Penat do berjalan satu hari. Konon satu hari. Cewah. Sampai patah kaki aku. Letak ayat patah kaki tu, baru dramatik sikit.

Haaa, ni aku nak bagitau korang semua. Sekarang ni kan bulan puasa. Aku yakin 99.99999...% , ada yang bertambah berat badan. Kan dah cakap. Jangan haraplah nak turun berat badan. Makan, tidur je kerja. Jogging taknak. Jangan terasa, itu aku cakap kat diri sendiri. Siapa pulak nak berjoging pada bulan puasa ni? Hehe, iye lah. Selalunya, lepas jogging masa pagi, confirm singgah kedai mamak. Roti canai satu, teh tarik satu! Eleh, macam aku tak tau. Bulan puasa ni, nak singgah mana? Balik rumah lah wey. Puasa kot, haha.

So, cara nak turunkan sikit berat badan tu adalah...........pergi Sunway Pyramid. Yes, aku tau tu bukan cara yang patut korang buat. Tapi kalau dah malas, ni je lah yang tinggal. Aku sajalah bagi cadangan. Aku tau, mesti korang ada cadangan lain kan. Tapi dengar dulu, eh baca dulu apa yang aku nak tulis.

Berdasarkan apa yang aku baca dekat blog Kak Fatin Liyana dalam entri dia tips nak jadi kurus. Korang kena baca okay! Dia ada cakap kalau nak kurus tanpa rasa letih, syarat dia korang kena berjalan saja. Tapi kena berjalan lebih daripada 1 jam.

Kenapa aku kata kena pergi Sunway Pyramid? Ada lagi tempat yang sesuai. Tapi, Sunway Pyramid ni adalah antara tempat yang paling sesuai lah kot. Lebih-lebih lagi bagi remaja yang muda-mudi yang hidup nak enjoy je tuh.

Raya dah dekat. Confirm semua kalut nak shopping. Sunway Pyramid ni ada banyak kedai. So, apa lagi? Serbu!!! Of course korang tau kan Sunway Pyramid besar kedabak. Kalah bapak orang. Masa korang shopping tu, confirm korang kena jalan sana sini kan. Tak sah kalau tak tawaf satu Sunway Pyramid. Korang ambik masa untuk shopping ni berapa jam haa? 1 jam? Pffttt. Don't ever lie to me. Mesti lebih daripada 1 jam kan? Tanpa korang sedar, jeng jeng jeng. Korang dah berjalan lebih daripada 1 jam! *Clap your hand*

Ada ke orang rasa letih masa shopping? Dah lah, shopping mall ada aircond. Takde peluh langsung! Ceh, menipu haha. Ohh, lupa. Aku. Ye, aku. Letih berjalan. Itu sebab aku tak gila shopping hahaha. So, kesimpulannya, kebanyakkan orang yang kuat shopping tu selalunya kurus. (conclusion yang tak masuk akal/auta semata-mata)

Berkisah pasal aktiviti aku tadi, pada malamnya pulak. Pukul berapa? aku tak ingat. Aku dengan adik aku saja main ala ala photo shoot gitu. Sebab kawan aku nak tengok gaun yang aku beli. So, yeah. Inilah antara gambar-gambar yang adik aku tangkap. Eleh, apa salahnya. Syok sendiri. Haha.

Baca dengan tekun, posing dengan tekun.
Main posing posing syok sendiri je kah kah kah.

Berbalik kepada kasut raya tadi........

Tett! Masa dah tamat. Adios.

Friday, 22 July 2011

Aku lapar

Hari ini tiba tiba aku terasa lapar. Actually, bukan tiba tiba lapar tapi memang lapar. Try lah berpuasa dan tidak sahur. Walaupun selalunya aku tak kisah kalau tertinggal sahur ke apa ke. Harini rasa extra double cheese lapar *gulp*

Lagi aku lapar, lagi lah aku nak bercakap pasal makanan *gulp* *perut pun berbunyi*.

Kalau aku tanya orang, "what's your favourite food?". Of course diorang akan jawab "mesti la masakan mak saya, hehehe". Aku pun sama gak (walaupun kadang kadang suka gak makan kat kedai HAHA) Tapi siapa tak suka masakan mak do? Semua orang suka kan. Aku suka gila kalau mak aku masak nasi beriani dengan lauknya *gulp* nasi biasa dengan sambal udang petai *gulp* ayam masak kicap, ayam masak merah dan banyaaaaaaaaaaaaaaaaak lagi *x100 gulp*

Tapi aku bukan nak cerita pasal masakan mak aku yang sedap tu. (Ye, aku tau mak korang pun masak sedap). Aku nak cerita pasal kedai. Kedai apa? Kedai makan.

Setiap orang ada selera masing masing. So, tak semestinya kalau orang tu cakap masakan dekat kedai ni sedap, orang lain pun akan cakap sedap. Yang pasti, aku nak pergi dekat kedai yang ada makanan sedap *gulp*

"Daripada tadi asyik cerita pasal makanan je?", kata seorang abang hot dengan mukanya yang menahan lapar.

"Sabar la abang, nanti saya masak ye", balasku.

Disebabkan ada abang tu lapar, aku akan cerita pasal benda lain. Alahai, kesian abang.

Selain makanan, apa lagi yang penting pasal kedai makan ni? waiter! *kurang tepat. Erm erm, give up.

First, yang pentingnya, kedai tu mestilah bersih. Cuba kau pergi kedai tu, baru setapak masuk ke dalam kedai, dah bau aroma longkang. Nak lagi ke masuk situ? atau pun, aroma hancing. Pastu, sampah merata rata. Especially, puntung rokok! Kalau kawasan kedai pun tak bersih, apatah lagi makanan kat dapur tu. Tak lalu do nak makan. Kalau kedai tu bersih, lantai berkilat, meja takde sisa makanan, barulah best! Hehe.

Lagi satu, ni haa penting jugak. Layanan waiter/waitress ataupun nama tak glamournya, pelayan kedai. Kalau service bagus, mood nak makan tu akan bertambah. Contoh la aku bagi, ada sesetengah kedai yang aku pergi, waiter baik je do. Nak mintak order pun senyum, cakap dengan bersopan santun. Memang nampak ikhlas diwajahnya. Lepas dah order, makanan pun akan sampai dengan segera. Lagi lah rasa excited nak makan.*Baca doa makan*lepas tu terus Itadakimasu!

Tu kalau service waiter tu bagus. Macam mana pulak kalau yang tak bagus? Untuk service yang tak bagus ni aku panggil pelayan lah. Aku paling menyampah seh kalau dapat makanan lambat. Kalau lambat beberapa minit aku tak kisah. Aku faham pelayan pun penat berkerja pastu ramai pulak yang datang makan kat situ. Cuba kalau lepas 1 jam, makanan tak sampai sampai. Sabar itu separuh daripada iman, itu aku tau. Aku bersabar ni ada hadnya. Pulak dah, orang lain yang dilayannya dulu. Nasib baik tak angkat kaki ( bukan menyepak, tapi angkat kaki blah dari situ).
Aku dah pernah kena dekat satu kedai di P*rt Di*kson bukan nama sebenar. Mula mula nak cari kedai makan. Pastu, tengok la satu kedai ni. Ramainya orang! Mesti sedap ni (aku rasa semua orang kot pikir macam ni)

Di, kedai kelihatan pelayan pelayan yang comel plus lawa. Sebab tu orang suka kot. Pelayan tu pun ambiklah order kitorang sambil mukanya yang masam. Nampak sangat tak ikhlas, takde jiwa mesra langsung. Takle kawan dengan Bob af la gitu. Tunggu punya tunggu, air pun tak dapat! Dah lebih setengah jam kot. Ini dah kira melampau. Mood nak makan pun tinggal 70%. Tanya pelayan, katanya kejap lagi sampai. Dah berapa kali do kau cakap macam tu?! Kalau macam tu, dah habis makan nanti, aku cakap kejap lagi lah bayar. Nak ke? Haishh. Akhirnya sampai minuman. Itu baru minuman, belum lagi makanan. Kalau minuman ambil masa setengah jam, makanan ambik masa sejam gitu. Air pun disedut sampai tinggal sikit. Fuuhhh, sampai pun makanan. Makanan aku sampai lambat sikit. Nasi goreng pun lambat ke? adoii. Nasi goreng dah sampai, sudu pulak takde! Haish, terbantut niat aku nak melahap. Mintak la pelayan tu sudu. Pelayan pun berkata, "kejap lagi". Tunggu punya tunggu, dah berapa puluh minit, sudu tak sampai. Sudu je kot! Itu pun kau tak boleh bagi ke?! So, dah lapar sangat, aku guna sudu adik aku lepas dia dah habis makan. Jap, sudu adik ke mak? Lupa dah, haha. Lepas dah habis makan, kitorang decide takkan makan di situ lagi! (Dengan hati yang menyumpah nyumpah)

Harap pelayan je lawa! Sudu pun tak boleh bagi ke?! Aku bukan marah sangat pasal sudu tu, tapi aku bengang dengan sikap pekerja dia yang sambil lewa, muka tak ikhlas, service macam shit. You see? Kalau kedai ramai pelanggan pun, dengan sikap pekerja yang macam tu, memang korang takkan ada pelanggan yang sama lah. Sebab semua tertipu dengan kedai kau yang ada banyak customer. HAHA, puas betul kutuk.

So, jangan sesekali guna phrase ni, "Ramainya orang! Mesti sedap ni". Ada je kedai yang ada sikit customer, tapi masakan sedap do.

P/s : Kenapa kedai mamak 24 jam ada customer?

Monday, 4 July 2011

Kau frust?

A'ah, aku memang sangat sangat frust. Sebab apa? Putus cinta? Itu memang jawapan yang paling tak tepat. Aku mana pernah bercinta. Eww :p Aku frust sebab nama aku takde dalam senarai kemasukkan pelajar ke uitm yang lepas. What the sheet of paper! Kenapa orang lain dapat tapi aku tak dapat? frust bukan? Walaupun result spm aku boleh la, still tak dapat. Itu lah yang dinamakan takdir. Actually, aku ada dapat tawaran pergi ke uitm Sabah, tapi aku tolak offer tu. Sebab, dah ketinggalan selama beberapa minggu and assignments semua tu. Exam pun dah dekat. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih", ye aku memang pakar dalam memberi alasan, muahaha. Tapi, kalau aku sendiri tak confident, macam mana kan. Tak boleh lah nak paksa paksa aku. Aku dah besar, boleh fikir sendiri (sedikit nada riak di situ). Tapi, aku akui, walau apa apa keputusan sekali pun, aku akan rujuk parents aku. Aku takde lah besar mana *aikk, tadi riak sangat cakap dah besar. Jadi aku buat keputusan untuk mohon uitm untuk second intake ni.

Sementara tu, aku duduk la rumah lepak lepak sikit. Lipat kain sikit. Cewahh, itu pun nak bagitau. Tengok drama korea sikit, baca novel sikit, baca komik sikit (asal semua nak sikit ni?) Ada lah, satu hari tu, along aku ajak pergi satu kursus motivasi ni. Aku jarang pergi so macam nak tak nak je :p Tapi, aku pergi je dengan rela hati.

Sampai je kat situ, aku dengar seorang penceramah ni cakap "singa mengaum" dekat aunty aku. Apa benda singa mengaum ni? Ohh, nama motivasi ni rupanya.

"Kenapa singau mengaum? Kenapa tak kambing mengembek?", tanya seorang pemuda yang kacak.
Sebab singa ni kan melambangkan keberanian. Skali dia NGAUMMM! Semua binatang lari lintang pukang langkah seribu. Motivasi kiranya macam nak meningkatkan confidence kita lah. Kebanyakkan orang yang hadir ke motivasi ni adalah orang yang buat business. Orang biasa pun boleh datang. Memang banyak benda aku belajar dalam motivasi ni. Tapi aku malas nak cerita semua. Kalau nak, pergi sendiri motivasi tu. Baru feel.

Antaranya, motivasi ni banyak ajar bukan sahaja tentang keduniaan, tapi tentang ketuhanan juga. Sebenarnya, minda kita yang control perbuatan kita. Contoh paling senang lah, kalau kita set apa yang kita mahu macam nak dapat RM 10 ke, insyaAllah akan dapat. Tapi tu contoh je. Kalau aku, aku nak jadi jutawan, haha. Tamakgelojoh betul, alahai. Bersyukur je la dengan apa yang ada kan. Ada orang lagi teruk daripada kita, merempat bawah jambatan (yang isap dadah tu lain cite).

Dalam banyak banyak aktiviti, aku paling suka penceramah tu ajar cara untuk merpertahankan diri daripada P (perogol, peragut, pencuri, penculik, penyepak, perempit, penipu) okay cukup cukup, kang aku letak semua, sampai esok tak habis. Sekarang aku dah tau nak tumbuk bahagian mana and nak sepak mana and nak tepis mana.
Ada jugak yang menarik perhatian aku. Macam ni, masa tu penceramah tu suruh kumpulan kita orang (aku, aunty, uncle, kawan aunty) and kumpulan lain pegang mentol. Satu kumpulan dapat satu mentol. Dia cakap kalau kita niat apa yang kita mahu dengan penuh keyakinan, tenaga tu akan disalurkan kepada mentol tu. Untuk buat eksperimen, mentol tu akan dilepaskan and akan jatuh atas tile. Kalau banyak tenaga yang disalurkan ke mentol tu, mentol tu tak akan pecah bila jatuh dekat tile tu. Aku mcm "biar betul?" mentol kan kaca. Mmmmm. Sekali bila cuba, kitorang concentrate lah apa kitorg nak, niat dalam hati semua. Sekali bila lepas "TING!!" mentol tu bukannya pecah, tapi melantun balik daripada tile tu. Woahhhhhh, semuanya kuasa minda~

Aku jugak ada belajar cara mengenali kod bahasa dan character manusia. So, aku tengok nama korang je, aku dah tau macam mana sifat korang. Hoho. Ni aku share sikit.

Huruf Character

A, E, X Kearah perbincangan ilmu & kehidupan pengalama & kematangan

B, O, Y Idea dan pengalaman, rajin dan bertukar haluan, pertuturan lembut & bertanya

C, N Jiwa lembut & simpati, fokus dan beremosi, terasa diri dan melupai (senang nak maafkan orang)

D Berani dan tindakkan berkeyakinan, percaya, mesra diri

F Simpan & fikir idea dan tindakkan sokongan untuk berjaya

C, Q, U Cerdas & menghibur, tenang dan kreatif, pengalaman & kematangan

M Senang berbicara & terbuka sokongan dan di sokong pertuturan mesra & bertanya

P Fokus untuk kejayaan diri, kurang bersosial dan lepak dengan keluarga

R Pakej kejayaan & kekayaan idea dan pengalaman prinsip dan meyokong

Z Bicara meyakinkan, pemecah kebuntuhan idea, holistik dan berkeyakinan

W Mengikut dan diikut, suka cabaran dalam diri, prinsip kejayaan dalam diri

H, K Idea dan kesungguhan, rajin dan berinovatif, pertuturan mesra dan rajin bertanya

I, J, S, V, T Cerdas dan kenal pasti, kekurangan fokus dan beremosi, terus terang dan berfakta

L Bicara meyakinkan , melepasi halangan diri, mesra diri

Okay, kalau macam punya huruf N haha. Apa kau orang punya haa?


Banyak lagi yang aku belajar. Antaranya, untuk membina sifat rendah diri, korang cuba la buat satu ujian ni. Membasuh tandas selama 44 hari. "Biar betul?". Yes memang betul. Elok basuh tengah tengah malam lah. Nanti kan, bukan je korang mesti rasa rendah diri, tapi tandas bersih dan berseri. Haha.

Lagi satu, selalu lah berzikir dan rajinlah sebut nama nama Allah :)

سبحان الله . الحمد لله .لا إله إلا الله . الله أكبر

SubhaanAllah . Alhamdulillah . La Ilaha Illa Allah . Allahu Akbar - tumblr


Okay, itu sahaja.

- Semalam dah habis kemaskini and print permohonan ke uitm. Doakan saya berjaya masuk. Amin.