Sunday, 14 August 2011

Selamat Berpuasa Semua

Popia
Cornflakes campur honey


Ye, aku tau dah dua minggu berpuasa. Tapi aku saja je nak wish sekarang. Kenapa? Tak boleh? Eh boleh je. Syok sendiri betul kan aku, cakap sorang sorang haha. Sebenarnya, aku dah lama nak wish dekat blog tapi takde idea nak tulis apa. So, sekarang dah tau apa nak tulis. Sekali lagi aku ucapkan. Selamat berpuasa kepada semua muslim.

Bila dah start puasa ni, banyak pulak iklan kurma yusof taiyob kat tv. Hehe. Lepastu, mula la ada sale baju kurung la apa lah. Padahal puasa baru je bermula kan. Kawan kawan aku ada la jugak yang dah shopping siap. Aku belum beli pape lagi. Agaknya, beli last minute macam tahun-tahun yang sebelumnya kot, hahaha. Sebab, selalunya masa last minute, baju murah-murah :p

Cakap pasal puasa ni. Dulu, aku ingat lagi masa aku kecil. Aku start puasa sejak darjah berapa eh? Tak ingat la pulak. Masa kecil-kecil dulu, aku sanggup puasa penuh sebab nak dapat duit raya, haha. Tapi sekarang ni takde lah. Aku ikhlas berpuasa. Dah memang tanggungjawab aku sebagai muslim kan. Ehem, solat jangan lupa juga.

Tapi, ada ke orang ikhlas cakap dia ikhlas? Errrrr. Okay, aku cakap dalam hati. So, takde siapa dengar eh? Bagus, haha.

Bagi aku, bulan puasa ni agak special sikit. Suasana dia lain sikit daripada bulan-bulan yang lain. Tapi, bulan 10 (birthday aku) pun meriah gak. Tapi tak semeriah bulan puasa lah. Masa bulan puasa ni la orang buat ibadah extra kan. Bukan nak kuruskan badan saja ye. Kurus-kurus pun, raya nanti berisi balik haha.


Bulan puasa ni, atuk and nenek aku ada datang rumah. Hoho, apa lagi? Aku tolong lah nenek aku buat kuih. Banyak jugak lah, nenek aku dengan mak aku buat. Setakat aku dah buat karipap, spera, kuih ketayap, kuih cara, roti jala, kuih kuci dan kuih popia. Fuhh, seronok kalau apa yang kita buat tu menjadi, hehe. Itu je la kot nak tulis. Haha. Selamat berbuka puasa~

Teka teki - Roti apa yang boleh tangkap ikan?
Jawapan - Roti jala la, hahaha.

Friday, 22 July 2011

Aku lapar

Hari ini tiba tiba aku terasa lapar. Actually, bukan tiba tiba lapar tapi memang lapar. Try lah berpuasa dan tidak sahur. Walaupun selalunya aku tak kisah kalau tertinggal sahur ke apa ke. Harini rasa extra double cheese lapar *gulp*

Lagi aku lapar, lagi lah aku nak bercakap pasal makanan *gulp* *perut pun berbunyi*.

Kalau aku tanya orang, "what's your favourite food?". Of course diorang akan jawab "mesti la masakan mak saya, hehehe". Aku pun sama gak (walaupun kadang kadang suka gak makan kat kedai HAHA) Tapi siapa tak suka masakan mak do? Semua orang suka kan. Aku suka gila kalau mak aku masak nasi beriani dengan lauknya *gulp* nasi biasa dengan sambal udang petai *gulp* ayam masak kicap, ayam masak merah dan banyaaaaaaaaaaaaaaaaak lagi *x100 gulp*

Tapi aku bukan nak cerita pasal masakan mak aku yang sedap tu. (Ye, aku tau mak korang pun masak sedap). Aku nak cerita pasal kedai. Kedai apa? Kedai makan.

Setiap orang ada selera masing masing. So, tak semestinya kalau orang tu cakap masakan dekat kedai ni sedap, orang lain pun akan cakap sedap. Yang pasti, aku nak pergi dekat kedai yang ada makanan sedap *gulp*

"Daripada tadi asyik cerita pasal makanan je?", kata seorang abang hot dengan mukanya yang menahan lapar.

"Sabar la abang, nanti saya masak ye", balasku.

Disebabkan ada abang tu lapar, aku akan cerita pasal benda lain. Alahai, kesian abang.

Selain makanan, apa lagi yang penting pasal kedai makan ni? waiter! *kurang tepat. Erm erm, give up.

First, yang pentingnya, kedai tu mestilah bersih. Cuba kau pergi kedai tu, baru setapak masuk ke dalam kedai, dah bau aroma longkang. Nak lagi ke masuk situ? atau pun, aroma hancing. Pastu, sampah merata rata. Especially, puntung rokok! Kalau kawasan kedai pun tak bersih, apatah lagi makanan kat dapur tu. Tak lalu do nak makan. Kalau kedai tu bersih, lantai berkilat, meja takde sisa makanan, barulah best! Hehe.

Lagi satu, ni haa penting jugak. Layanan waiter/waitress ataupun nama tak glamournya, pelayan kedai. Kalau service bagus, mood nak makan tu akan bertambah. Contoh la aku bagi, ada sesetengah kedai yang aku pergi, waiter baik je do. Nak mintak order pun senyum, cakap dengan bersopan santun. Memang nampak ikhlas diwajahnya. Lepas dah order, makanan pun akan sampai dengan segera. Lagi lah rasa excited nak makan.*Baca doa makan*lepas tu terus Itadakimasu!

Tu kalau service waiter tu bagus. Macam mana pulak kalau yang tak bagus? Untuk service yang tak bagus ni aku panggil pelayan lah. Aku paling menyampah seh kalau dapat makanan lambat. Kalau lambat beberapa minit aku tak kisah. Aku faham pelayan pun penat berkerja pastu ramai pulak yang datang makan kat situ. Cuba kalau lepas 1 jam, makanan tak sampai sampai. Sabar itu separuh daripada iman, itu aku tau. Aku bersabar ni ada hadnya. Pulak dah, orang lain yang dilayannya dulu. Nasib baik tak angkat kaki ( bukan menyepak, tapi angkat kaki blah dari situ).
Aku dah pernah kena dekat satu kedai di P*rt Di*kson bukan nama sebenar. Mula mula nak cari kedai makan. Pastu, tengok la satu kedai ni. Ramainya orang! Mesti sedap ni (aku rasa semua orang kot pikir macam ni)

Di, kedai kelihatan pelayan pelayan yang comel plus lawa. Sebab tu orang suka kot. Pelayan tu pun ambiklah order kitorang sambil mukanya yang masam. Nampak sangat tak ikhlas, takde jiwa mesra langsung. Takle kawan dengan Bob af la gitu. Tunggu punya tunggu, air pun tak dapat! Dah lebih setengah jam kot. Ini dah kira melampau. Mood nak makan pun tinggal 70%. Tanya pelayan, katanya kejap lagi sampai. Dah berapa kali do kau cakap macam tu?! Kalau macam tu, dah habis makan nanti, aku cakap kejap lagi lah bayar. Nak ke? Haishh. Akhirnya sampai minuman. Itu baru minuman, belum lagi makanan. Kalau minuman ambil masa setengah jam, makanan ambik masa sejam gitu. Air pun disedut sampai tinggal sikit. Fuuhhh, sampai pun makanan. Makanan aku sampai lambat sikit. Nasi goreng pun lambat ke? adoii. Nasi goreng dah sampai, sudu pulak takde! Haish, terbantut niat aku nak melahap. Mintak la pelayan tu sudu. Pelayan pun berkata, "kejap lagi". Tunggu punya tunggu, dah berapa puluh minit, sudu tak sampai. Sudu je kot! Itu pun kau tak boleh bagi ke?! So, dah lapar sangat, aku guna sudu adik aku lepas dia dah habis makan. Jap, sudu adik ke mak? Lupa dah, haha. Lepas dah habis makan, kitorang decide takkan makan di situ lagi! (Dengan hati yang menyumpah nyumpah)

Harap pelayan je lawa! Sudu pun tak boleh bagi ke?! Aku bukan marah sangat pasal sudu tu, tapi aku bengang dengan sikap pekerja dia yang sambil lewa, muka tak ikhlas, service macam shit. You see? Kalau kedai ramai pelanggan pun, dengan sikap pekerja yang macam tu, memang korang takkan ada pelanggan yang sama lah. Sebab semua tertipu dengan kedai kau yang ada banyak customer. HAHA, puas betul kutuk.

So, jangan sesekali guna phrase ni, "Ramainya orang! Mesti sedap ni". Ada je kedai yang ada sikit customer, tapi masakan sedap do.

P/s : Kenapa kedai mamak 24 jam ada customer?

Monday, 4 July 2011

Kau frust?

A'ah, aku memang sangat sangat frust. Sebab apa? Putus cinta? Itu memang jawapan yang paling tak tepat. Aku mana pernah bercinta. Eww :p Aku frust sebab nama aku takde dalam senarai kemasukkan pelajar ke uitm yang lepas. What the sheet of paper! Kenapa orang lain dapat tapi aku tak dapat? frust bukan? Walaupun result spm aku boleh la, still tak dapat. Itu lah yang dinamakan takdir. Actually, aku ada dapat tawaran pergi ke uitm Sabah, tapi aku tolak offer tu. Sebab, dah ketinggalan selama beberapa minggu and assignments semua tu. Exam pun dah dekat. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih", ye aku memang pakar dalam memberi alasan, muahaha. Tapi, kalau aku sendiri tak confident, macam mana kan. Tak boleh lah nak paksa paksa aku. Aku dah besar, boleh fikir sendiri (sedikit nada riak di situ). Tapi, aku akui, walau apa apa keputusan sekali pun, aku akan rujuk parents aku. Aku takde lah besar mana *aikk, tadi riak sangat cakap dah besar. Jadi aku buat keputusan untuk mohon uitm untuk second intake ni.

Sementara tu, aku duduk la rumah lepak lepak sikit. Lipat kain sikit. Cewahh, itu pun nak bagitau. Tengok drama korea sikit, baca novel sikit, baca komik sikit (asal semua nak sikit ni?) Ada lah, satu hari tu, along aku ajak pergi satu kursus motivasi ni. Aku jarang pergi so macam nak tak nak je :p Tapi, aku pergi je dengan rela hati.

Sampai je kat situ, aku dengar seorang penceramah ni cakap "singa mengaum" dekat aunty aku. Apa benda singa mengaum ni? Ohh, nama motivasi ni rupanya.

"Kenapa singau mengaum? Kenapa tak kambing mengembek?", tanya seorang pemuda yang kacak.
Sebab singa ni kan melambangkan keberanian. Skali dia NGAUMMM! Semua binatang lari lintang pukang langkah seribu. Motivasi kiranya macam nak meningkatkan confidence kita lah. Kebanyakkan orang yang hadir ke motivasi ni adalah orang yang buat business. Orang biasa pun boleh datang. Memang banyak benda aku belajar dalam motivasi ni. Tapi aku malas nak cerita semua. Kalau nak, pergi sendiri motivasi tu. Baru feel.

Antaranya, motivasi ni banyak ajar bukan sahaja tentang keduniaan, tapi tentang ketuhanan juga. Sebenarnya, minda kita yang control perbuatan kita. Contoh paling senang lah, kalau kita set apa yang kita mahu macam nak dapat RM 10 ke, insyaAllah akan dapat. Tapi tu contoh je. Kalau aku, aku nak jadi jutawan, haha. Tamakgelojoh betul, alahai. Bersyukur je la dengan apa yang ada kan. Ada orang lagi teruk daripada kita, merempat bawah jambatan (yang isap dadah tu lain cite).

Dalam banyak banyak aktiviti, aku paling suka penceramah tu ajar cara untuk merpertahankan diri daripada P (perogol, peragut, pencuri, penculik, penyepak, perempit, penipu) okay cukup cukup, kang aku letak semua, sampai esok tak habis. Sekarang aku dah tau nak tumbuk bahagian mana and nak sepak mana and nak tepis mana.
Ada jugak yang menarik perhatian aku. Macam ni, masa tu penceramah tu suruh kumpulan kita orang (aku, aunty, uncle, kawan aunty) and kumpulan lain pegang mentol. Satu kumpulan dapat satu mentol. Dia cakap kalau kita niat apa yang kita mahu dengan penuh keyakinan, tenaga tu akan disalurkan kepada mentol tu. Untuk buat eksperimen, mentol tu akan dilepaskan and akan jatuh atas tile. Kalau banyak tenaga yang disalurkan ke mentol tu, mentol tu tak akan pecah bila jatuh dekat tile tu. Aku mcm "biar betul?" mentol kan kaca. Mmmmm. Sekali bila cuba, kitorang concentrate lah apa kitorg nak, niat dalam hati semua. Sekali bila lepas "TING!!" mentol tu bukannya pecah, tapi melantun balik daripada tile tu. Woahhhhhh, semuanya kuasa minda~

Aku jugak ada belajar cara mengenali kod bahasa dan character manusia. So, aku tengok nama korang je, aku dah tau macam mana sifat korang. Hoho. Ni aku share sikit.

Huruf Character

A, E, X Kearah perbincangan ilmu & kehidupan pengalama & kematangan

B, O, Y Idea dan pengalaman, rajin dan bertukar haluan, pertuturan lembut & bertanya

C, N Jiwa lembut & simpati, fokus dan beremosi, terasa diri dan melupai (senang nak maafkan orang)

D Berani dan tindakkan berkeyakinan, percaya, mesra diri

F Simpan & fikir idea dan tindakkan sokongan untuk berjaya

C, Q, U Cerdas & menghibur, tenang dan kreatif, pengalaman & kematangan

M Senang berbicara & terbuka sokongan dan di sokong pertuturan mesra & bertanya

P Fokus untuk kejayaan diri, kurang bersosial dan lepak dengan keluarga

R Pakej kejayaan & kekayaan idea dan pengalaman prinsip dan meyokong

Z Bicara meyakinkan, pemecah kebuntuhan idea, holistik dan berkeyakinan

W Mengikut dan diikut, suka cabaran dalam diri, prinsip kejayaan dalam diri

H, K Idea dan kesungguhan, rajin dan berinovatif, pertuturan mesra dan rajin bertanya

I, J, S, V, T Cerdas dan kenal pasti, kekurangan fokus dan beremosi, terus terang dan berfakta

L Bicara meyakinkan , melepasi halangan diri, mesra diri

Okay, kalau macam punya huruf N haha. Apa kau orang punya haa?


Banyak lagi yang aku belajar. Antaranya, untuk membina sifat rendah diri, korang cuba la buat satu ujian ni. Membasuh tandas selama 44 hari. "Biar betul?". Yes memang betul. Elok basuh tengah tengah malam lah. Nanti kan, bukan je korang mesti rasa rendah diri, tapi tandas bersih dan berseri. Haha.

Lagi satu, selalu lah berzikir dan rajinlah sebut nama nama Allah :)

سبحان الله . الحمد لله .لا إله إلا الله . الله أكبر

SubhaanAllah . Alhamdulillah . La Ilaha Illa Allah . Allahu Akbar - tumblr


Okay, itu sahaja.

- Semalam dah habis kemaskini and print permohonan ke uitm. Doakan saya berjaya masuk. Amin.

Friday, 8 April 2011

Apa itu lesen P?

Apa itu lesen P? Adakah bermaksud lesen Puteh. (Hoi, itu nama aku). Biar aku google kejap. Haa, ni dia. "Panjang" betul explanation dia. Nak tengok, sila tengok di sini. Lesen P itu bermaksud lesen percubaan. Ramai tanya aku pasal proses nak ambil lesen ni. ( Ceh, ramai ke? bajetnyewww ) Opss, terikut anwar hadi. By the way tengoklah video dia kalau tak tengok lagi. Tapi aku confirm ramai dah tengok. Okay, berbalik kepada topik lesen tadi. Jangan risau, sapa sapa yang nak ambil lesen tu, just go with the flow je. Jangan nak risau pasal clutch, brek semua tu. Nanti korang akan belajar jugak. Papepun, sebab aku bermurah hati di hari Jumaat yang mulia ini, biar aku cerita satu satu pasal lesen ni. Salah silah keluarga lesen ni agak panjang. Mengambil masa berbulan bulan lamanya nak menguasai kisah lesen ni. Mesti korang tarak paham apa yang aku cakap kan. Hmmm, dah agak dah. Senang cerita, aku nak cerita pengalaman aku mengambil lesen. Panjang ceritanya...sila pendekkan. Okay, aku cerita ye. "Cepat lah cerita!", kata seorang pemuda kacak . Yelah yelah, sabar lah.

Okay, mengambil lesen dimulai oleh? bismillah. Ya itu betul Tapi dengan lebih tepat. Korang mesti ada pasang niat nak ambil lesen untuk apa yang korang nak bawak. Aku bagi contoh lah, kalau korang nak naik motor, ambil lah lesen motor. Kalau nak bawak kereta, ambil lah lesen kereta. Kalau dah kaya, ambil dua dua.

Lepas, dah decide nak ambil lesen apa. Korang pergi pejabat yang berdekatan untuk daftar nak ambil lesen. Jangan pergi balai polis pulak. Habis kena bahan. Pastikan pejabat tu khas untuk ambil lesen. Aku sure ramai yang tahu. Lepas dah daftar, korang akan pergi kursus memandu selama 5 JAM. Fuhhhh, sila ringankan mata anda untuk terus tidak terlelap. Dengar macam lama je 5 jam tu. Tapi memang lama! Kah kah kah. Okay serious balik. Dalam kursus tu la korang akan dengar penjelasan pasal memandu semua tu. Siap ada tunjuk video orang accident semua tu. Masa tu lah, rasa takut menyelubungi diri anda. Bukan misteri ye, takut je. Sebenarnya, tujuan orang tu siarkan video tu, untuk bagi kesedaran kat korang supaya berhati hati bawak kereta bila dah ada lesen nanti. Itu pun kalau pass test jpj lah :p

Lepas tu, baru la korang boleh ambil ujian komputer. Jangan risau, buku ada diberi. Korang hafal lah simbol simbol kat dalam buku tu. Pastu buat latihan sampai habis. Soalan yang dia bagi kat komputer tu sama je sebenarnya cuma pusing pusing je. Lagi senang daripada SPM. "Ceh, kau cakap macam senang gila je kan. Padahal ujian komputer tu dapat tepat tepat lulus", kata seorang budak yang tidak dikenali. Diam lah kau, asalkan aku lulus. Hahaha. Aku bagi tips sikit lah, masa korang sedang menunggu nak jawab ujian komputer tu, baca la lagi. Nanti ingat. Tak pun baca pagi pagi ke. Bukan apa, aku selalu suka baca last minute. Asalkan boleh ingat, korang buat la cara korang.

Lepas dah lulus, korang akan pergi bengkel memandu. Kat situ la dia tunjuk kedudukan enjin semua tu. Lepas tu dia bagitau macam mana nak jaga kereta. Bla bla bla, aku pun dah lupa.

Lepas dapat lesen L (kalau korang lulus ujian komputer). Kalau tak lulus sila cuba lagi. Baru lah korang belajar bawak kereta. Hari pertama, belajar cara control clutch, and minyak dulu. Korang belajar pusing pusing kereta dulu. Okay je. Apa yang penting, korang jangan gabra. Stay cool and calm. Dengar je apa cikgu korang cakap. Lupa nak cakap, aku ambil lesen kereta je. (Perlu ke bagitau?) Seterusnya, korang akan belajar bawak kereta dekat luar (jalanraya). Lepas tu, ambil QTI. QTI tu macam test la lebih kurang. Orang tu nak tengok korang boleh bawak kereta kat jalanraya tak. Kalau boleh, baru boleh ambil test jpj.

Bila dah lulus QTI, baru lah korang akan berlatih bawak kereta untuk test jpj. Dalam test jpj ni ada dua test. Satu di dalam, satu di luar. Kalau dekat dalam, ada bukit, parking dan tiga penjuru. Takpe , jangan risau. Korang akan belajar jugak nanti. Di luar pula, kalau kat tempat aku ambil test jpj. Ada 2 jalan iaitu a dan b. Ikutlah pengawai jpj tu nak korang bawak kat jalan mana.

Dah sedia nak ambil test jpj? Sudah... Betul ke? betul. Jawap dengan penuh confident tapi dalam hati ada taman. Eh bukan, dalam hati, berdebar debar. Aku tau. Setiap orang akan nervous kan. Termasuk la aku. Aku ni memang cepat nervous. Bila dah nervous sakit perut. Masalah betul. Haih.

Konon dah sedia, aku pun ambil lah test jpj. Fuhh, memang nervous gila. First time kot. Masa nak tunggu tu, hati berdebar debar je. Bila giliran aku, aku buat lah test kat dalam dulu. Bukit- lulus. Parking -lulus. Sampai tiga penjuru je, aku fail! kecewa gila masa tu. Dah la kena repeat semua balik kalau tak pass satu. Bila test kat jalanraya pulak, aku tak ingat jalan. Aduhh. Asyik termati enjin. Memang gagal dengan cemerlangnya. Ohh ye, kebanyakkan orang takut tengok pengawai jpj kan. Sebenarnya, muka diorang je garang, dalam hati ada taman. Jangan nak takut sangat dengan diorang. Buat selamba je.

Dah bulan berapa tah, aku pun ambil test jpj kali kedua. Kali ni perasaan nervous berkurangan lah. Lebih chill gitu. Alhamdulilah, aku pass test bahagian dalam. Lepas aku tunggu nak ambil test kat luar pulak. Pehh, berjam jam tunggu! Sampai petang. Penat gila do. Tapi hati ini kata sabar. Jadi aku sabar. Tunggu punya tunggu. Tiba lah giliran aku. Masuk lah kereta kancil. Aku ni kalau nervous, muka aku macam serious gila haha. Sampai pengawai jpj tu tegur aku. Dia suruh aku senyum macam dalam gambar lesen L tu. Duh, dah nak tangkap gambar memang kena senyum macam kau orang yang paling happy di dunia ni lah. Tapi, takpe, aku senyum je. Masa bawak kereta tu, aku pun bersembang sembang lah dengan pengawai jpj tu. Rupanya dulu dia ambik degree apa tah. Pastu ambil diploma bussiness. Last kali jadi pengawai jpj. Ohh begitu rupanya. Baru nak lalu dekat roundabout pertama, dia suruh aku belok kiri. Padahal aku kena pergi lorong kanan. Aik, asal pulak ni? Aku pun dengan tenangnya (padahal cuak gila) bertanya, "saya gagal ke?". Balas pula pengawai itu, "ada i kata u gagal?" fuhh, lega. Rupa rupanya lepas aku belok kiri terus sampai dekat laluan nak kembali ke tempat permulaan tadi. Kiranya aku dapat shortcut lah. Itu lah hari yang paling bahagia bagi aku! Tak payah lalu roundabout dan jalan yang jauh :p Alhamdulilah, aku lulus test jpj kali kedua. Sedang menunggu nak dapat lesen P.

Oh ye, lepas dah pegang lesen P selama 2 tahun, baru dapat lesen permanent.

Wednesday, 30 March 2011

Budak budak tadika mematangkan aku

Macam yang korang tau, aku ni baru 18 tahun (29 oktober nnt! Jangan lupa bagi hadiah) Sebenarnya, walaupun aku anak sulung, aku takde lah matang mana. Setakat berebut keropok, coklat dengan adik tu dah jadi rutin harian. Tapi aku mengalah lah, aku bukannya kejam mana. Sebab bila kita berebut, ada satu feeling ni. Feeling yang aku tak tahu macam mana nak describe. Pendek cerita, rasa macam seronok lah dengar adik menjerit. Sebenarnya, saja test kesabaran kt adik adik aku tuh. (konon!) Aduh, panjang lebar aku cerita ni. Satu pun takde kaitan dengan tajuk aku. Okay, 1 2 3. Start.

Well, kebanyakan orang yang pemalas macam aku ni, suka duduk rumah. Relax relax, chill chill, lepak lepak, tengok tengok tv tv. ( Perlu ke gandakan perkataan? )

Dah dekat nak ambik result spm baru lah mood rajin dan mood mencari duit aku datang. Masa tu aku dah pokai tahap duit syiling je yang ada. Kebetulan, ada sorang member ajak kerja dekat tadika. Kat situ lah bermulanya kisah romantik, eh bukan Kisah aku. Aku bekerja sebagai assistant cikgu dekat tadika tu. Tadika tu penuh dengan budak budak yang comel comel belaka. Dalam tadika tu, aku kena jaga budak budak kt situ. Tolong diorang tulis, teman diorang pergi toilet dan sebagainya. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila google "apa tugas pembantu cikgu di tadika". Kalau tak dapat jugak, korang cuba kerja tu. Ceh promote promote. Woah, selama ni. Aku tak pernah jadi rajin, haha. Bila aku kerja dekat tadika tu, melayan budak budak kat situ. Terserlah habis sifat kekakak an aku yg tak pernah, bukan tak pernah, jarang aku guna. Budak budak dekat tadika tu sedikit sebanyak mematangkan aku. Contohnya, sekarang ni aku dah jarang beli ais krim. K, fine. Itu bukan bukti aku dah matang.

"Eh, cakap dah matang. Kenapa berebut keropok dengan saya lagi?" kata adik sofea. EH, diamlah! Habis kantoi tak matang. Sebenarnya cerita aku ni takde point langsung kan? Pape pun, kerja aku ni best jugak lah. Dapat melatih aku jadi seorang yang lebih matang dan penyabar. Kalau tak caya, try la kerja ni. K, promote lagi minah ni. Itu je.

Mood : Nervous sebab test jpj minggu depan. Actually kali kedua tu :p
Lagi satu, tengah sibuk memilih course utk masuk U.