Thursday, 16 May 2013

Berjaga

Assalamualaikum kepada orang tengah membaca post ini,

Setiap kali cuti sem, aku mesti berangan nak keluar sini sana, dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Malangnya apa yang aku impikan tak semudah itu untuk dilaksanakan.

Hakikatnya, aku lebih suka lepak di rumah, makan, online, menulis dan membaca novel.

"Cuti punyalah lama, kau tak kerja ke?" Kerja. Tapi kerja aku ni sekali seminggu je. Mengajar jiran maths.Gaji pun cukup lah nak beli makanan. Bab nak shopping baju aku tak kisah sangat. Makanan tu penting. Aku memang malas nak kerja kat tempat awam. Argh, suka hati kau lah nak panggil aku anti-sosial ke apa kan. Hmm, boleh lah. Mungkin aku ni anti-sosial atau tak reti nak cakap dengan strangers. Apa apa pun ni bukan point yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita tentang masalah berjaga aku.

Setiap hari aku berjanji kepada diri sendiri untuk tidur awal. Maksimum berjaga *kononnya* pada pukul sepuluh malam. Namun, mission ku tetap gagal. Setiap hari aku akan tidur emm lebih daripada pukul tiga pagi. Aku pun tak tau apa masalahnya. Dekat hostel boleh pula aku mengantuk awal. Dekat rumah, memang tak lah bro. So, bila dah tidur lambat. Nak bangun pagi tu cukup sukar.

Setiap hari aku berjanji dengan janji yang sama nak tidur awal. Malangnya virus burung hantu telah menyerap dalam badanku. 


Thursday, 14 February 2013

Budak

Ali merenung jauh ke luar. Dia nampak hanya segelintir budak-budak yang keluar yang bermain bola di luar. Yang lain mana? Main video games, chatting atau skype mungkin. "Huh, zaman sekarang mana orang nak keluar bermain dah, semua duduk dalam rumah berkawan dengan teknologi", katanya. 

Aku ingat lagi, time aku kecil dulu. Pukul 6 petang je wajib keluar bermain dengan jiran-jiran. Seharian penat bersekolah. Dulu masa pagi sampai tengahari aku sekolah rendah biasa dan petang pula sekolah agama. Penat tau jadi budak. Tapi aku paling tak sabar nak tunggu petang. Time tu lah semua penat aku hilang apabila dapat beraksi di padang yang tak beberapa nak ada rumput tu. Baru score sekali dah lari seluruh padang untuk tunjuk aku lah hero di padang itu. Poyo juga ye aku masa kecil. Lantas Ali tersenyum sendiri mengingat masa lalu. 

Aku pandang semula ke luar. Hmm, hanya lima orang budak yang bermain di luar. Teringat pula dia. Dulu, kawasan kejiranan ni ada musim permainan. Kalau musim badminton, penuh lah budak-budak lawan main badminton. Tibanya musim main baling selipar. Semua beraksi dengan pantas untuk mengelak daripada kena selipar. Mesti budak zaman sekarang tak kenal game baling selipar tu macam mana. Apa ni korang tak tau. Macam ni lah, budak-budak akan dibahagi ke dua group. Satu group akan baling selipar ke group yang lain sampai kena, dan group lagi satu ke elak daripada kena selipar. Rumit aku nak terangkan. Kalau nak cuba, jom lah. Oh, lupa. Budak zaman sekarang hanya kenal game-game di Ipad dan tab. Sangat rugi.


Wednesday, 24 October 2012

I'm Back!

Assalamualaikum! Rasanya sudah berkurun aku tak update. Padahal dah banyak kali bukak blogspot ni, tekan post. Lepas tu tulis..lepas tu padam balik. 

Dulu, banyak juga lah idea keluar untuk menulis blog. Sekarang? Nak bukak blogspot ni pun rasa macam erghegfkdfdkd. Aku selalu update novel je dekat blog lagi satu. So, hmmm *awkward* nak tulis pasal apa ye? 

Kebetulan aku baru habis tengok drama Hindustan. Jom sembang pasal Hindustan! Siapa tau movie bollywood yang famous, 'Khabi Khushi Khabie Gham'? Tipu la kalau tak tau akan kewujudan movie tu kan. Setiap kali aku tengok movie tu, mesti rasa nak nangis. Eh tak, sebenarnya time aku tengok movie tu, ada orang letak bawang depan mata aku. So air keluar dengan automaticnya.

Nasib baik kali ni, tak keluar langsung air mata. Agaknya dah tengok banyak kali. Tapi still rasa la aura sedih dia tu.

Apa yang aku curious, kenapa cerita-cerita hindustan tak membosankan? Agak-agak sebab sound effect dia yang dasyat ke, tarian ke, musik dia ke, atau heroin yang cantik dan hero yang kacak? 

Bagi aku semua tu memainkan peranan. Kalau tak ada sound effect yang dasyat, bukan hindustan namanya. Contoh sound effect yang dasyat tu macam orang kena tampar tapi dengar macam bunyi kilat. Haa, ada lagi. Bunyi orang ketuk pintu macam bunyi pintu nak kena roboh. Begitu dasyatnya sound effect ni. Tapi aku suka. Baru la rasa macam ada dalam movie tu. Baru boleh feel kan?

Oh yeah, tarian and musik dia amat mengasyikkan! Kadang-kadang aku pun boleh terikut menari sama. Lagu-lagu mereka pun aku boleh la nyanyi sikit. Ehem, humming je lebih actually. Antara yang pandai menari adalah Hrithik Roshan. Dia dengan  kaki dia yang panjang tu. Haishhhh, sangat pandai menari! Sedap mata memandang. Tarian pun kena dengan musiknya. Bagus, bagus *sambil menggosok dagu. 

Hero and heroin dia pun macho and lawa. Cara diorang memainkan watak tu pun macam haduhhhh real lah! Emosi jelas ternyata berdasarkan muka diorang. Jalan cerita setiap movie Hindustan pun berbeza. Kiranya tak ada lah boring sangat. Kalau jalan cerita cliche, memang naik bosan la kan? 
Itu je kot yang aku nak sampaikan.

Dulukan, aku ingat lagi makcik and pakcik aku siap sediakan 2 kotak tisu sebelum menonton drama 'Khabi Khushi Khabie Gham'. Haha, kelakar pun ada.  In case kalau nangis kan. Tisu dah ada kat sebelah.

Nah gambar sikit untuk korang.

"Abang, pandang lah muka I!"

"Ye, kami lah pelakon utama yang suka buat orang ramai nangis"

Monday, 23 April 2012

Dah lama tak update kan?

Sebenarnya aku dah malas nak menulis, hahaha. Sejak start belajar di UiTM Melaka, aku makin busy. Sekarang ni cuti, boleh la menulis ala kadar. Eceh.

So, aku nak cerita sikit suasana belajar dekat sana. Masuk sana, start dengan MDS, kira orientasi untuk pelajar baru lah. Orientasi berlangsung sehingga satu minggu. Apa yang nak kena buat masa orientasi tu? Aku nak cakap sikit, selama satu minggu tu takde rehat haha. Semuanya kena rushing. Yeah, seksa gila mak ai. Tapi bila benda tu dah lepas and bila teringat balik, memang best. Baru kau rasa and tau macam mana nak survive and jaga diri kat sana. Abang-abang and akak-akak senior pun sporting haha. Sepanjang MDS, tu aku belajar untuk bergaul haha. Masa tu agak malu-malu so kawan dengan kawan sekolah je. Agak forever alone di situ. And, kena banyak berjalan kaki. Boleh turun 2 kg sehari *auta je lebih. Kena makan 3 minit je. Peh, memang aku melahap la jawabnya.

Lepas MDS, ada pula aktiviti kolej. Kena join untuk cop kolej. First time aku masuk cheers! Mewakili Kolej Tun Hasan. Kolej baru tu. Agak best lah, masa tu la semua berlatih setiap hari kat bawah pukul 10 malam. And masa tu juga la aku kenal budak-budak kolej. Oh, ni budak level aku ni. Eh, ni budak level bawah. Haa, camtu la lebih kurang. Memang kerap juga la aktiviti kolej diadakan hehe untung sebab banyak cop aku kumpul. Senior-senior kolej banyak aku dah kenal hehehe.

Selain, aktiviti-aktiviti kolej, aku busy dengan assignment. Tak tidur 1,2,3 pagi, bukan pelajar la namanya tu! Nasib baik la, budak budak kelas aku sama kolej dengan aku. So, boleh lah buat kerja sama-sama. Pernah aku tidur setengah jam je sebab nak siapkan assignment. Haritu pulak ada quiz. Memang kena tabahkan diri. Sekarang ni cuti, so malas nak comment panjang pasal assignment hehe.

Apa lagi ye? Oh ye, UiTM Melaka sangat luas hahaha. Tak percaya, kau jalan kaki tengok. Lagi-lagi kolej baru macam aku. Agak jauh daripada kelas. Setiap hari, jalan jauh sob sob sob. Lepas tu nafsu makan bertambah. Setiap hari wajib makan ayam. Takde ayam, ikan pun jadi lah. Mana tak gemuk kan?!

Next post, aku nak cerita pasal Kolej Tun Hasan. tehee :) Adios.

Sunday, 13 November 2011

Pendapat orang berbeza

Assalamualaikum. Aku rasa blog aku ni dah berhabuk gila. Aku dah lama tak update blog ni sebab ada penyakit malas and sebenarnya aku busy. Eceh, ye ye je. Macam ada orang baca kan?


Oh ye, hari ni SPM start kan? Good luck okay! Do your best! Please jangan cepat give up, jangan tinggal kosong paper tu. At least dapat markah kesian? Haha, kalau pemeriksa tu baik hati lah. Kalau dapat soalan bocor ke apa ke, tak payah lah harap sangat sebab bukannya 100% betul pun. Yang penting, kau dah study. So, masuk dewan tu, jangan lah fikir tak boleh jawab ke apa ke. Yang penting kau mesti jawab dengan hati yang tenang. Tatik nafas............hembus.... Bagus.


Aku bet mesti ramai yang study last minute haha. Aku pun dulu study last minute. Kadang-kadang study last minute ni amat lah membantu, kadang-kadang tak. So, lebih baik kalau study awal. Jangan ikut macam aku. Masa form 4 aku pindah UK. Lepas tu, masa form 5 aku balik Malaysia. Balik Malaysia tu, terus ambik SPM. Siapa tak takut woi? Ada masa setahun je nak study form 4 dengan form 5. Salah aku jugak, masa kat UK malas nak study form 4. Haha, study tak berguru, namanya study dengan setan. Kang sesat kang baru tau.


So, lepas balik Malaysia tu. Aku ingat nak masuk form 5 terus. Tapi ada lah segelintir orang berpendapat aku tak patut masuk form 5 sebab dah tinggal pelajaran kat Malaysia setahun. Ada yang cakap kalau masuk form 5 terus, susah. Sebab tak pernah belajar so kena study banyak. Masa tu, aku fikir satu je. Kalau aku masuk form 4, maksudnya aku lambat setahun daripada kawan-kawan aku. Cis! Mak aku pun tanya, nak masuk form 4 ke form 5? Haaa, macam mana ni? Nak ikut pendapat orang ke pendapat aku? Tidak! aku confuse!

Sebenarnya, pendapat orang kau boleh fikirkan tetapi, jangan lah ikut 100% sebab kadang-kadang pendapat orang dengan pendapat kita berbeza. Contoh lah, kau pergi shopping dengan kawan kau or mak kau ke, siapa-siapa je lah, nak beli t-shirt. Tiba-tiba, kau jumpa satu t-shirt ni. Wah! lawa gila! Warna favourite kau pulak tu, warna hitam. So kau nak beli t-shirt tu. Tetapi orang yang pergi bershopping dengan kau tu cakap, t-shirt yang kau pilih tu tersangat biasa, macam tak lawa mana lah kan. Lepas tu dia cadangkan kau beli satu t-shirt ni warna hijau sebab ia nampak lagi menarik. Kiranya, kalau kau pakai t-shirt tu semua akan pandang lah, cewah. Padahal kau tak suka warna hijau. So, macam mana ni?

Kalau kau ikut jugak pendapat dia 100%.
Kau beli. Lepas tu kau tak pernah pakai. Membazir kan?

Kalau kau ikut pendapat dia tak sampai 100%
So, kau tak beli. Tetapi, kau tak beli t-shirt warna hijau jugak. Kau cari t-shirt yang lain. Lepas dapat t-shirt yang kau suka, kau beli. Kau pakai. Kau puas hati.

Aku rasa teori aku ni agak memeningkan, haha. So aku buat ringkasan sikit.


Teori Sofea


Pendapat kau vs Pendapat Orang : 
Pendapat Orang 100% - Kau rasa tak puas hati.
Pendapat kau 100% -Syok sendiri                                                   
Pendapat kau 60% Pendapat Orang 40% Kau rasa senang hati. Orang tu pun senang hati.


Faham tak maksud aku? Kalau nak ikut pendapat orang, ikut lah yang baik. Yang kau rasa tak selesa or tak beberapa nak ngam dengan pendapat tu, jangan lah ikut. Kalau kau ikut jugak tapi tak puas hati. Takde guna kan? Tapi, jangan lah tolak pendapat orang 100%. Itu maksudnya kau syok sendiri. Semua nak menang je. Haha, nanti orang menyampah tau. 


So, berbalik kepada cerita SPM tadi, aku ikut pendapat aku sedikit and pendapat orang lain sedikit. Kena ada balance. Haha, aku dengan yakinnya (padahal cuak nak mampus) cakap lah aku nak masuk form 5. Agak kebudak-budakkan lah fikiran aku ni. But, who cares? Aku yang nak jawab exam kan? So, kena lah ambik risiko. Mula-mula memang aku takut dengan pilihan aku. Tapi, kalau aku sendiri dah pilih. Kena lah berusaha. Lepas dah start belajar tu, okay je. Tapi kena extra working lah sebab aku dah skip setahun. PEKA, lisan BM and BI form 4 semua kena buat. Untung ada kawan-kawan yang sedia membantu aku and bagi nasihat and tips. Terima kasih daun keladi, jasa mu dikenang kawan- kawan.


Bila dah dapat result, alhamdulilah. Takde lah cemerlang mana pun cuma lebih okay daripada yang aku sangkakan haha. Aku bajet ada fail, alhamdulilah takde. Tapi, boleh lah. Tu sebab aku malas. Kalau aku extra rajin, boleh kot dapat lebih, hahaha. So, korang jangan malas. Bila teringat balik, kalau aku ikut nasihat orang, tahun ni baru aku SPM. Sekarang ni mesti ada dekat dewan tengah menulis. Tetapi, aku tak ikut 100%. So, sekarang ni aku tengah berehat and busy pack barang sebab esok aku nak bertolak ke Melaka sebab Rabu ni aku nak daftar dekat uitm melaka dalam course perakaunan, hehe. Doakan aku okay! Aku sebenarnya nervous ni. Oh ye, aku masuk uitm sesi 2. Lambat sikit, baru nak start hehe. Pasal U ni, nanti aku cerita.


p/s : To all SPM candidates, good luck! Sebenarnya SPM ni adalah jambatan korang ke mana korang nak pergi. Do your best, InsyaAllah boleh buat punya. Result tak cemerlang pun boleh sambung belajar. Janji jangan ada yang fail. Takde hal, janji korang nak belajar and rajin kat U nanti. That's all matter, jangan risau okay. Aku cakap ni macam aku dah kerja pulak. Sorry atas kepoyoaan aku okay. Chow~