Tuesday, 29 October 2013

Aku dah 20 tahun!

Amagad amagad amagad! *gedik gila.

Assalamualaikum. Tepat je tarikh birthday aku, genap 20 tahun lah aku.

Hmm perasaan lepas dah masuk 20 tahun ni, hmm hmmm, rasa macam nak ke arah yang lebih matang mungkin. Just kidding!

Tapi seriouslah, sekarang aku dah minat sikit sikit membaca benda serious. *kira matang ke tu?

Mungkin, baru nak start. Apa apa pun, perangai gila gila aku ni masih belum dapat diketepikan.

Arghhhh, aku dah 20 tahun!

Kbye.

Thursday, 10 October 2013

Nasi

Nasi.

Sejenis makanan ruji warga Malaysia. Boleh menggemukkan tapi itu masih menjadi pilihan utama aku.

Terima kasih kepada petani. Sanggup berjemur menahan terik.

Demi sesuap nasi, mereka bekerja menuai padi. Tiada mereka, tiadalah beras. Tiada beras, nak makan nasi cemana?

Ye. Aku tau, mesin yang canggih tu dah wujud. Apa apa pun terima kasih petani.

Jika aku berada di negara lain pun, aku tetap akan mencari nasi. Ke mana tak tumpahnya nasi kalau ke dalam mulut aku.

Motif sebenarnya nak bagitau yang aku sangat gemarkan nasi. Tu dah tembam. Eh.

Bye. Assalamualaikum. 

Thursday, 16 May 2013

Berjaga

Assalamualaikum kepada orang tengah membaca post ini,

Setiap kali cuti sem, aku mesti berangan nak keluar sini sana, dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Malangnya apa yang aku impikan tak semudah itu untuk dilaksanakan.

Hakikatnya, aku lebih suka lepak di rumah, makan, online, menulis dan membaca novel.

"Cuti punyalah lama, kau tak kerja ke?" Kerja. Tapi kerja aku ni sekali seminggu je. Mengajar jiran maths.Gaji pun cukup lah nak beli makanan. Bab nak shopping baju aku tak kisah sangat. Makanan tu penting. Aku memang malas nak kerja kat tempat awam. Argh, suka hati kau lah nak panggil aku anti-sosial ke apa kan. Hmm, boleh lah. Mungkin aku ni anti-sosial atau tak reti nak cakap dengan strangers. Apa apa pun ni bukan point yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita tentang masalah berjaga aku.

Setiap hari aku berjanji kepada diri sendiri untuk tidur awal. Maksimum berjaga *kononnya* pada pukul sepuluh malam. Namun, mission ku tetap gagal. Setiap hari aku akan tidur emm lebih daripada pukul tiga pagi. Aku pun tak tau apa masalahnya. Dekat hostel boleh pula aku mengantuk awal. Dekat rumah, memang tak lah bro. So, bila dah tidur lambat. Nak bangun pagi tu cukup sukar.

Setiap hari aku berjanji dengan janji yang sama nak tidur awal. Malangnya virus burung hantu telah menyerap dalam badanku. 


Thursday, 14 February 2013

Budak

Ali merenung jauh ke luar. Dia nampak hanya segelintir budak-budak yang keluar yang bermain bola di luar. Yang lain mana? Main video games, chatting atau skype mungkin. "Huh, zaman sekarang mana orang nak keluar bermain dah, semua duduk dalam rumah berkawan dengan teknologi", katanya. 

Aku ingat lagi, time aku kecil dulu. Pukul 6 petang je wajib keluar bermain dengan jiran-jiran. Seharian penat bersekolah. Dulu masa pagi sampai tengahari aku sekolah rendah biasa dan petang pula sekolah agama. Penat tau jadi budak. Tapi aku paling tak sabar nak tunggu petang. Time tu lah semua penat aku hilang apabila dapat beraksi di padang yang tak beberapa nak ada rumput tu. Baru score sekali dah lari seluruh padang untuk tunjuk aku lah hero di padang itu. Poyo juga ye aku masa kecil. Lantas Ali tersenyum sendiri mengingat masa lalu. 

Aku pandang semula ke luar. Hmm, hanya lima orang budak yang bermain di luar. Teringat pula dia. Dulu, kawasan kejiranan ni ada musim permainan. Kalau musim badminton, penuh lah budak-budak lawan main badminton. Tibanya musim main baling selipar. Semua beraksi dengan pantas untuk mengelak daripada kena selipar. Mesti budak zaman sekarang tak kenal game baling selipar tu macam mana. Apa ni korang tak tau. Macam ni lah, budak-budak akan dibahagi ke dua group. Satu group akan baling selipar ke group yang lain sampai kena, dan group lagi satu ke elak daripada kena selipar. Rumit aku nak terangkan. Kalau nak cuba, jom lah. Oh, lupa. Budak zaman sekarang hanya kenal game-game di Ipad dan tab. Sangat rugi.


Wednesday, 24 October 2012

I'm Back!

Assalamualaikum! Rasanya sudah berkurun aku tak update. Padahal dah banyak kali bukak blogspot ni, tekan post. Lepas tu tulis..lepas tu padam balik. 

Dulu, banyak juga lah idea keluar untuk menulis blog. Sekarang? Nak bukak blogspot ni pun rasa macam erghegfkdfdkd. Aku selalu update novel je dekat blog lagi satu. So, hmmm *awkward* nak tulis pasal apa ye? 

Kebetulan aku baru habis tengok drama Hindustan. Jom sembang pasal Hindustan! Siapa tau movie bollywood yang famous, 'Khabi Khushi Khabie Gham'? Tipu la kalau tak tau akan kewujudan movie tu kan. Setiap kali aku tengok movie tu, mesti rasa nak nangis. Eh tak, sebenarnya time aku tengok movie tu, ada orang letak bawang depan mata aku. So air keluar dengan automaticnya.

Nasib baik kali ni, tak keluar langsung air mata. Agaknya dah tengok banyak kali. Tapi still rasa la aura sedih dia tu.

Apa yang aku curious, kenapa cerita-cerita hindustan tak membosankan? Agak-agak sebab sound effect dia yang dasyat ke, tarian ke, musik dia ke, atau heroin yang cantik dan hero yang kacak? 

Bagi aku semua tu memainkan peranan. Kalau tak ada sound effect yang dasyat, bukan hindustan namanya. Contoh sound effect yang dasyat tu macam orang kena tampar tapi dengar macam bunyi kilat. Haa, ada lagi. Bunyi orang ketuk pintu macam bunyi pintu nak kena roboh. Begitu dasyatnya sound effect ni. Tapi aku suka. Baru la rasa macam ada dalam movie tu. Baru boleh feel kan?

Oh yeah, tarian and musik dia amat mengasyikkan! Kadang-kadang aku pun boleh terikut menari sama. Lagu-lagu mereka pun aku boleh la nyanyi sikit. Ehem, humming je lebih actually. Antara yang pandai menari adalah Hrithik Roshan. Dia dengan  kaki dia yang panjang tu. Haishhhh, sangat pandai menari! Sedap mata memandang. Tarian pun kena dengan musiknya. Bagus, bagus *sambil menggosok dagu. 

Hero and heroin dia pun macho and lawa. Cara diorang memainkan watak tu pun macam haduhhhh real lah! Emosi jelas ternyata berdasarkan muka diorang. Jalan cerita setiap movie Hindustan pun berbeza. Kiranya tak ada lah boring sangat. Kalau jalan cerita cliche, memang naik bosan la kan? 
Itu je kot yang aku nak sampaikan.

Dulukan, aku ingat lagi makcik and pakcik aku siap sediakan 2 kotak tisu sebelum menonton drama 'Khabi Khushi Khabie Gham'. Haha, kelakar pun ada.  In case kalau nangis kan. Tisu dah ada kat sebelah.

Nah gambar sikit untuk korang.

"Abang, pandang lah muka I!"

"Ye, kami lah pelakon utama yang suka buat orang ramai nangis"