Monday 23 April 2012

Dah lama tak update kan?

Sebenarnya aku dah malas nak menulis, hahaha. Sejak start belajar di UiTM Melaka, aku makin busy. Sekarang ni cuti, boleh la menulis ala kadar. Eceh.

So, aku nak cerita sikit suasana belajar dekat sana. Masuk sana, start dengan MDS, kira orientasi untuk pelajar baru lah. Orientasi berlangsung sehingga satu minggu. Apa yang nak kena buat masa orientasi tu? Aku nak cakap sikit, selama satu minggu tu takde rehat haha. Semuanya kena rushing. Yeah, seksa gila mak ai. Tapi bila benda tu dah lepas and bila teringat balik, memang best. Baru kau rasa and tau macam mana nak survive and jaga diri kat sana. Abang-abang and akak-akak senior pun sporting haha. Sepanjang MDS, tu aku belajar untuk bergaul haha. Masa tu agak malu-malu so kawan dengan kawan sekolah je. Agak forever alone di situ. And, kena banyak berjalan kaki. Boleh turun 2 kg sehari *auta je lebih. Kena makan 3 minit je. Peh, memang aku melahap la jawabnya.

Lepas MDS, ada pula aktiviti kolej. Kena join untuk cop kolej. First time aku masuk cheers! Mewakili Kolej Tun Hasan. Kolej baru tu. Agak best lah, masa tu la semua berlatih setiap hari kat bawah pukul 10 malam. And masa tu juga la aku kenal budak-budak kolej. Oh, ni budak level aku ni. Eh, ni budak level bawah. Haa, camtu la lebih kurang. Memang kerap juga la aktiviti kolej diadakan hehe untung sebab banyak cop aku kumpul. Senior-senior kolej banyak aku dah kenal hehehe.

Selain, aktiviti-aktiviti kolej, aku busy dengan assignment. Tak tidur 1,2,3 pagi, bukan pelajar la namanya tu! Nasib baik la, budak budak kelas aku sama kolej dengan aku. So, boleh lah buat kerja sama-sama. Pernah aku tidur setengah jam je sebab nak siapkan assignment. Haritu pulak ada quiz. Memang kena tabahkan diri. Sekarang ni cuti, so malas nak comment panjang pasal assignment hehe.

Apa lagi ye? Oh ye, UiTM Melaka sangat luas hahaha. Tak percaya, kau jalan kaki tengok. Lagi-lagi kolej baru macam aku. Agak jauh daripada kelas. Setiap hari, jalan jauh sob sob sob. Lepas tu nafsu makan bertambah. Setiap hari wajib makan ayam. Takde ayam, ikan pun jadi lah. Mana tak gemuk kan?!

Next post, aku nak cerita pasal Kolej Tun Hasan. tehee :) Adios.

No comments:

Post a Comment