Thursday 16 May 2013

Berjaga

Assalamualaikum kepada orang tengah membaca post ini,

Setiap kali cuti sem, aku mesti berangan nak keluar sini sana, dan menyibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah. Malangnya apa yang aku impikan tak semudah itu untuk dilaksanakan.

Hakikatnya, aku lebih suka lepak di rumah, makan, online, menulis dan membaca novel.

"Cuti punyalah lama, kau tak kerja ke?" Kerja. Tapi kerja aku ni sekali seminggu je. Mengajar jiran maths.Gaji pun cukup lah nak beli makanan. Bab nak shopping baju aku tak kisah sangat. Makanan tu penting. Aku memang malas nak kerja kat tempat awam. Argh, suka hati kau lah nak panggil aku anti-sosial ke apa kan. Hmm, boleh lah. Mungkin aku ni anti-sosial atau tak reti nak cakap dengan strangers. Apa apa pun ni bukan point yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita tentang masalah berjaga aku.

Setiap hari aku berjanji kepada diri sendiri untuk tidur awal. Maksimum berjaga *kononnya* pada pukul sepuluh malam. Namun, mission ku tetap gagal. Setiap hari aku akan tidur emm lebih daripada pukul tiga pagi. Aku pun tak tau apa masalahnya. Dekat hostel boleh pula aku mengantuk awal. Dekat rumah, memang tak lah bro. So, bila dah tidur lambat. Nak bangun pagi tu cukup sukar.

Setiap hari aku berjanji dengan janji yang sama nak tidur awal. Malangnya virus burung hantu telah menyerap dalam badanku. 


No comments:

Post a Comment