Wednesday 12 August 2009

Cerita Hidupku

Okay, aku nak cerito sikit hidup aku dari lahir sampai ke beso.

1993,

Uwekk,UWEKK,uWekk! Suara bayi menangis setelah selamat dilahirkan oleh ibunya yang cun gila dekat Hospital Subang Jaya Medical Centre.

Masa aku umur berapa tahun tah,
Mula mula aku menetap di Alam Megah.Masa tu,aku ngan Adam je ada.Masa Adam kecil, ada la tua punya orang ni jaga.Dengki pulek dengan aku,haha.Suka hati aku la kan nak lepak dengan mak sendiri.Itu pun tak boleh.Dia dah tua.Tak tau hidup lagi ke tak.

Kemudian,

Aku nak pindah seksyen 8.Pergi la ikut mak bapak datang itu rumah.Macam best je tengok.Excited gila aku.Jiran sebelah tu nama dia Farah.Setahun lagi muda dari aku.Aku pun panggil la dia sebab excited nak pindah kan.Aku lompat lompat macam katak (ke depan/ke belakang) itu aku tak ingat,memory terhapus.Termasuk ke dalam longkang sebesar apa ya? Lagi besar dari badan aku masa 6 tahun kot (hentam saja).Abis lah gigi pun hilang satu.Kenapa gigi? Kenapa tak luka je? Kenapa harus gigi juga? Sudah nasib,nak buat macam mana kan.

Masa aku kecil kecil dulu,aku ingat kan hujan terjadi apabila awan menangis kena pukul dengan bapak dia.Budak mana tau apa apa kan.Bila sudah besar baru la tau hujan terjadi apabila,wap yang berkumpul kat awan tu sudah banyak sangat kan,dah berat,jatuh la dia jadilah hujan.WOOh,ini hasil aku belajar.Apa apa pun awan pun boleh menangis,apatah lagi manusia.Lagilah,setiap hari dengar orang menangis.Menangis tu tak salah.Aku selalu cakap cry if you want! Don't blame me just because i ask people to cry.This is because they need too.

Darjah Satu,

Aku menangis masa mula mula nak masuk kelas.Masa tu ibu teman.First day! Jantung berdegup kencang kalahkan kelajuan LRT. Masa tu aku bawak bag roda kot.Ohh,nama sekolah aku Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik.Orang panggil SKBA je.Tak payah panjang panjang.Aku punya sekolah agama namanya Sekolah Rendah Agama Seksyen 3.Banyak kenangan la jugak.Kawan baik aku masa darjah satu ada dua orang, Syahirah and Nadirah.Kami ibarat belangkas dekat sekolah.Bila nak rehat je,kita orang buat barisan and salah seorang dari kita orang akan jadi team leader.Gilir- gilir baru adil sikit.Best owh.Satu hari tu Nadirah sudah pindah ke UK.Tinggal lah aku dengan Syahirah.Aku start kawan dengan budak budak lain.Best jugak.Semua orang baik baik je.

Darjah Empat,

Cikgu kelas aku namanya Pn.Safiah.She is so friendly and funny.Beliau ini suka cerita.Budak budak kelas jadi pendengar yang setia sebab cerita beliau semua best best.Tak payah la tengok wayang.Dengar je beliau cerita,tangkap cinta punya lah.

Darjah Lima,

Gigi baru yang ganti gigi aku yang patah masa aku berapa tahun tu mula menunjukkan simptom2 untuk hidup.Aku ingat lagi,masa raya kot tumbuh.HA! Baru aku ingat,penat perah otak ni.Selama LIMA tahun aku tunggu nak tumbuh gigi balik.Jadi...maksudnya..aku enam tahun masa gigi patah.Lama owh nak tunggu tumbuh balik.

Darjah Enam,

UPSR atau nama tak glamournya, Ujian Penilaian Sekolah Rendah.First time,aku study hard gila sampai banyak buku latihan aku bantai.Nak berjaya kena lah usaha.Usaha itu tangga kejayaan orang kata.Memang betul pun.First trial aku dapat satu A je.Perghh,down gila aku! Aku tak puas hati.Aku pun cakap la sorang sorang.Aku kena jugak dapat yang elok sikit.Second trial dapat lima A.Kembang siot,haha.Tu bukannya betul betul pun lagi.Third trial aku dapat empat A je.UPSR yang betul betul punya aku dapat tiga A je,JE,JE,JE wey.Frust gila do.Tapi dah lama lama tu aku bersyukur jela kepada tuhan.Yela,bukan apa,aku da study and usaha and doa.Dah tak dapat macam mana kan.Nangis pun tak ada guna.

Form One,

Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 or SMKs 7.Sekolah paling best ! haha.Masa aku form one kelas aku hujung hujung sikit.Agak best la jugak.Kawan baik aku masa tu nama dia Ameera.Dia sangat baik.Kitorang dua dua suka dengan anime macam Naruto.Sumpah best.Yang aku ingat masa tu,dekat kawasan kelas aku ni banyak taik burung.Kotor gila ah.Yang bestnya, ada la satu hari tu kat tangga ada anak burung hantu colour putih.Macam albino je aku tengok.Rasanya campuran kot,kalau jual mahal pulak! Tapi panggil pengawai peliharaan suruh ambik.Masa puasa,ada jugak kawan seludup mercun kat sekolah.Tiba-tiba ada spotcheck,cuak weyhh! Tapi kita orang memang dah ada tempat special nak sorok.Nasib baik ada pengawas yang baik hati bagitau cikgu nak buat spotcheck.

Form Two,

Tahun ni,kami budak budak kelas tersangatlah nakal.Ayat yang diguna pun sangat mendalam dan bermakna sesuatu.Budak budak kelas je yang tau.Kelas kita orang adalah kelas 2 Azam.Kelas ni memang famous dalam bilik guru.Ada je yang cakap pasal kelas kita orang.Haha,memang best lah termasuk dalam kelas ni.Memang gempak lah kelas ni!

Form Three,

Dah tak boleh main main,Serious lah wey,orang nak periksa ni.PMR tahun ni.Penilaian Menengah Rendah.Jangan main main owh,penentu hidup ni.Semua dah agak matang la jugak.Belajar je kerja.Cikgu cikgu tolong kita orang semua.Buat ceramah lah,kelas tambahan lah.Sebab nak bagi kita orang semua berjaya.THANK YOU CIKGU CIKGU! Sayang korang semua.Dah habis PMR tu enjoy abis ar.Satu hari tu aku dapat tau aku kena pindah UK.Tak percaya owh! Pastu siap siap je la.Aku dapat lima A dalam PMR.Okay la jugak kan.haha.Nak sedapkan hati.Lepas habis PMR,aku dengan budak budak kelas bercuti dekat Kalumpang.Best gila ar.Kenangan yang aku takkan lupakan sampai bilabila.Kitorang nyanyi ketahuan dalam bilik.Sweet je owh.Aku uruskan game treasure hunt.Masak aku nak sorok klu klu dia.Tempat tu dah la besar gila.Nasib baik lah Nabiha tolong aku.Banyak do dia tolong aku.Memang best ar.Last skali kitorg lepak dekat sunway tengok wayang.Tengok cerita twilight.Sampai balik rumah cite balik ngan ibu.Feeling do tengok cerita tu.Banyak kali la jugak lepak dekat Alam Sentral sebab nak main boling.Lepas tu makan KFC.Best gila ar.Budak budak Azam semua sporting gila.

Form Four,

11 January,aku bersiap nak pergi UK.Sembang habis dengan jiran aku.Dia dah pindah KL.Sedih plak.Dah salam dengan semua family and lainlain.Bertolak lah,ke tempat kapal terbang tu.Sekali dengan kawan kawan abah aku.Dua belas jam dalam kapal terbang.Nasib baik boleh dengar lagu dengan tengok movie,okay la jugak kan.Kita orang singgah dekat airport Amsterdam dulu.Sempat jugak sembahyang kat situ.Lepas tu naik lah kapal terbang lagi satu nak pergi Norwich.Laut macam beku je bila tengok dari atas.Yes,suda sampai.Sejuk gila oi.Terasa sampai ke tulang.Menusuk kalbu siot.Naik la teksi nak pergi hotel Holiday Inn.Best gila ar.Tiap tiap hari breakfast kat situ.Tinggal kat situ macam seminggu dua lah.Dekat situ ada kedai.Boleh la beli makanan.Rindu jugak nasi.Ada malam tu,ibu kejut.Ada nasi beriani.Perghh,dapat jugak pekena nasi beriani.Kenyang suda.

Penjaga kaunter kat hotel tu,muka dia macam orang Malaysia je aku tengok.Lawa do.Ibu aku tanya,rupa rupanya dia orang Indonesia.Dia reti sikit je bahasa Indonesia.Cuti nanti dia ckp nak bercuti dengan boyfriend dia.BF dia orang London kalau tak silap.

Selepas itu,

RUMAH! Cantik la jugak rumah.Semua colour putih.Aku ada jiran.Diorg selalu main dengan adik adik aku masa petang.Macam macam owh.Bola sepak la,pistol air la.

Sekolah aku namanya Wymondham High School.Aku dengan adik aku je la orang melayu kat situ.Best owh sekolah dia.Besar la jugak.Mula mula tu aku hampir sesat.Hampir je.Tak sesat lagi.Kawan semua baik baik and cikgu cikgu dia semua sporting.First day sekolah,salji turun lebat.Sekolah tutup.Cikgu tolong hantar aku dengan adik aku sampai ke rumah.Cayalah cikgu!

Exam kat UK lain la jugak dari Malaysia.Semua soalan subjektif.Masa exam tu aku belajar sikit.Aku paling suka kelas Graphic.Sebab dalam kelas tu,kena lukis.Sukan dia pun macam lain sikit la.Banyak gila aktiviti.Best la jugak.

Summer,

Cuti suda! Best best,kadang kadang panas.Tapi tak la panas sangat.Masa cuti kena la study pelajaran Malaysia kan.Yela,nak SPM do.Sapa tak cuak kan.Kebanyakan hari,aku chat dengan kawan kawan yang ada kat Malaysia.Sekarang ni,diorang cakap H1N1/swine flu/selsema BABI merebak gila teruk.Dah ada beberapa sekolah yang tutup.Aku harap diorang semua okay lah.

Okaylah,aku rasa cukup lah setakat ini.Penat jari den menaip ni.Ada ore baco ko? (Ada orang baca ke?) Braket tu untuk orang tak paham ayat aku.Kat sini suda 2.45 lah.Den tido dulu lah ye.Selamat malam.Mimpi yang indah.Bye.

No comments:

Post a Comment